tosai guna lebihan nasi

Tosai guna lebihan nasi sejuk memang rangup dan mempunyai rasa yang lazat. Anda boleh menikmati tosai ini sebagai sarapan, makan malam, atau pun makanan sampingan.

Rasanya yang sedap, dicicah pula dengan kuah kari atau cutney hijau, mesti ramai yang suka bila dapat makan tosai resipi mudah ini panas-panas.

Baca juga: Kambing Khadai, Kari Style Pakistan, Cicah Naan Dan Capati Memang Terangkat!

Biasanya nak makan tosai ini, ke kedai mamaklah kita baru dapat merasa. Tapi kini, tidak perlu bersusah payah lagi sebab nak buat tosai ni tersangatlah mudah. Ikuti resipi daripada Cik Puan Fatimah Saari ini.

Lebih mengejutkan Cik Puan Fatimah Saari ini kongsikan cara buat tosai menggunakan nasi sejuk saja. Hah! yang ada nasi lebihan semalam itu, boleh ikuti resipi ini.


RESIPI TOSAI GUNA LEBIHAN NASI SEJUK

tosai guna lebihan nasi

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara penyediaan:

1. Cuci kacang ulunthu dan rendam 5-6jam,kemudian kisar sampai halus bersama dengan nasi sejuk.

2. Letak garam sedikit. Kemudian tuang dalam bekas lain bancuh bhn blend dengan air + tepung beras + yis.

3. Peramkan lagi semalaman (tutup dengan tudung periuk) – untuk menaikkan. 

4. Sapukan kuali leper dengan minyak masak sedikit tuangkan tepung yang diperam satu senduk ratakan, biar garing bawah. Kemudian tutup api.

5. Gulung atau lipatkan. Siap boleh dihidangkan.

tosai guna lebihan nasi


Selamat mencuba resipi tosai guna lebihan nasi sejuk ini.

Sumber: Facebook Fatimah Saari

Baca juga: Buat Doh Capati Ala Kedai Mamak, Roti Kekal Lembut Sampai Petang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN