bawal masak sos pedas

Nak cuba tak Ikan Bawal Masak Sos Pedas? Resipi ini memang ringkas dan mudah untuk disediakan. Ikan akan digoreng garing terlebih dahulu sebelum dicampur dengan kuah mewah yang cukup dengan rasa manis dan pedas.

Memang sesuai dimakan bersama nasi putih. Ditambah pula telur dadar dan sayur kailan ikan masin sebagai lauk sampingan, memang terliur dibuatnya. 

Baca juga: Ikan Sambal Taucu Cabai Burung, Sedap Makan Dengan Nasi Panas-Panas!

Ikan bawal juga mempunyai isi yang lembut apabila digoreng garing. Tapi keenakannya dijamin puas hati.

Tanpa membuang masa, mari lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara memasaknya. Selamat mencuba!


RESIPI BAWAL MASAK SOS PEDAS

Kepada pembaca yang gemarkan makanan pedas, inilah dia resepi yang patut anda cuba. Mudah dan dijamin sedap! Resipi ini dikongsikan oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar di laman Facebook.

bawal masak sos pedas

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara memasak:

1. Gorengkan ikan bawal.

2. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar bersama.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi.

4. Masukkan sos, cili padi dan garam aji dan gula.

5. Bila ianya mula kelihatan kering, masukkan sedikit air.

6. Biarkan mendidih dan masukkan bawang hiris dan tomato.

7. Masukkan ikan yang digoreng dan gaul sebati dgn cermat agar ikan tak hancur. Siap!


Selamat mencuba resipi ikan bawal ini

Resipi oleh: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar

Baca juga: Ikan Tenggiri Sambal Hijau, Resipi MUDAH Tak Jemu Makan Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN