resepi budu tumis

Buat mereka yang berasal dari negeri Pantai Timur memang sudah tidak asing lagi dengan resepi sambal budu tumis ini.

Biasanya ia dinikmati bersama nasi kerabu, tetapi boleh juga dimakan dengan nasi putih. Nak lagi sedap, kena ada ikan goreng juga. Memang padu!

Kalau ada yang mahu belajar cara membuatnya, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Norashikin Ismail di bawah.

Baca juga: Baru Tahu Kerabu Mangga Letak ‘Budu’ Rupanya Lagi Sedap, Ini Resipinya!

RESEPI BUDU TUMIS SEDAP

Bahan-bahan:

  • 5 hingga 7 biji bawang merah
  • 5 biji cili padi (jika suka boleh letak, sebab cili kering dah pedas)
  • 10 hingga 15 cili kering (rebus)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1 keping asam keping
  • Setengah kotak kecil santan
  • Minyak
  • Setengah botol budu

Cara-cara:

1. Kisar bawang merah, cili padi dan cili kering yang sudah direbus.

2. Tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan juga sebatang serai yang sudah diketuk.

3. Masak dan tumis sehingga naik minyak dan masak elok.

4. Kemudian, masukkan santan, budu dan asam keping. Masak lagi sehingga pecah minyak.

5. Seterusnya, perasakan dengan garam dan gula secukupnya mengikut selera masing-masing.

6. Masak lagi sehingga sedikit pekat. Selamat mencuba!

resepi budu tumis

Kredit resipi dan gambar: Norashikin Ismail

Baca juga: Resipi Telur Goreng Budu, Sedap ‘Dooh’ Makan Dengan Nasi Panas-Panas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN