3 jenis sambal belacan

Rupa-rupanya, ada 3 jenis sambal belacan yang popular di negeri Perak. Semua orang tahu apa itu sambal belacan. Sambal Belacan merupakan hidangan sampingan yang biasa dimakan bersama ikan atau ulam.

Apa sebenarnya yang menarik minat peminat sambal belacan yang sudah lama wujud?

Baca juga: Rendang Tok, Menu Tradisi Negeri Perak, Ini Cara Membuatnya

Untuk makluman, rumusan senarai ini dibuat berdasarkan temu bual dan pemilik restoran dan diambil secara purata dari 12 wilayah di negeri Perak menerusi portal Orang Perak.

Jom kita tengok resepi sambal Belacan yang popular ini.


3 JENIS SAMBAL BELACAN PERAK

1. RESIPI SAMBAL BELACAN BIASA

Bukan orang Perak sahaja yang menggemari sambal Belacan, boleh dikatakan semua rakyat Malaysia menggemari sambal Belacan!

Ini adalah asas kepada semua jenis sambal belacan yang sedia ada. Rata-rata penggemar sambal ini hanya memerlukan sambal belacan, ulaman dan nasi putih untuk memenuhi selera.

 Bahan-bahan:

  • 6 biji limau kasturi (buang biji)
  • 50g belacan yang telah dibakar
  • 3 biji cili merah + 1 biji cili hijau
  • 8 biji cili padi hijau
  • 25 biji cili padi merah
  • 100ml air asam jawa pekat
  • Masukkan sedikit gula dan garam

 Cara penyediaan: 

  1. Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma.
  2. Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan lebih tahan lama.
  3. Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.
  4. Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Ini petua supaya tidak sakit perut selepas makan sambal.

 Resipi oleh: Nurulain Insyirah


2. RESIPI SAMBAL BELACAN TEMPOYAK

3 jenis sambal belacan

Ia pada asalnya dibuat apabila buah durian telah dihancurkan oleh tupai atau burung dan dijadikan tempoyak jika tidak sesuai untuk dimakan mentah.

Bila dibuat tempoyak, sedap juga dibuat sambal. Kerana tidak mahu membazir durian sedia ada, tempoyak dicipta dan dipelbagaikan sehingga terhasillah sambal belacan tempoyak ini.

 Bahan-bahan: 

  • 1 biji cili masak
  • 20 biji cili api
  • 10 biji cili api siam merah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • Gula – optional jika tempoyak tak manis
  • 1/2 cawan ikan bilis di basuh

 Cara penyediaan:

  1. Tumbuk / blend dalam chopper ke semua bahan.
  2. Dah hancur masukkan ikan bilis chopper lagi separuh hancur last kawinkan dengan tempoyak manis.

 Resipi oleh: Ummi Hanas


3. RESIPI SAMBAL BELACAN KUINI

3 jenis sambal belacan

Pernah dengar petua orang lama yang menyatakan bahawa buah kuini jangan dibuat sambal belacan nanti buah berulat?

Perkara ini tidak benar sama sekali kerana lelaki tua itu sebenarnya ingin meninggalkan beberapa buah kuini untuk dibuat pes cili juga.

Disebabkan buah kuini bermusim, sambal belacan versi ini sering mendapat tempat di hati semua orang. 

 Bahan-bahan: 

  • 1 biji buah kuini dicincang dan hiris
  • 20 tangkai cili padi merah + hijau (Tak suka pedas boleh kurangkan)
  • 5 tangkai lada merah besar
  • 1 sudu kecil belacan yg dibakar dahulu
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto
  • Perahan limau nipis secukup rasa

 Cara penyediaan:

  1. Tumbuk semua cili hingga lumat atau ikut teksture disukai.
  2. Masuk semua bahan berbaki dan tumbuk sebati.
  3. Sambal dah siap boleh lah gaul bersama buah kuini. Siap.

 Resipi oleh: Aisyah Humaira


Selamat mencuba ketiga-tiga jenis sambal belacan orang Perak ini.

Sumber: Portal Orang Perak

Baca juga: Siput Sedut Masak Sambal, Sedap Meratah Menu Kampung Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN