mee gulung

Pasti ramai yang tidak pernah mencuba hidangan mee gulung kan? Menu ini memang jarang dijumpai di mana-mana kedai makan.

Masakan ini sesuai untuk makan malam kerana ianya tidak terlalu berat. Tetapi rasanya sangat sedap, sesiapa saja akan makan dengan berselera.

Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana rasa mee gulung ini, mari kita ikuti perkongsian resipi ole Nadia Muharam di bawah.

Baca juga: Resipi Mi Kari Chinese Style, Kuah Kena ‘Kaw’ Macam Ni Baru Padu!

RESIPI KUAH MI GULUNG

Bahan-bahan:

  • Mi kuning
  • Daun sup
  • Telur 2 biji
  • Bawang besar setengah biji
  • Ayam/daging/sotong/udang
  • Cili padi 4 biji
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Sos tiram/sos seafood 2 sudu besar
  • Sos ikan 1 sudu makan
  • Garam 1 sudu kecil (tak letak pun tak apa sebab sos ikan dah masin)
  • Air 2 cawan
  • Tepung jagung 1 sudu (bancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah)
  • Stock daging (setengah cube,tak nak letak pun tak apa)
  • Sayur (lobak merah/kubis bunga@kubis/cellery)
  • Bawang goreng

Cara memasak:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang sudah dikisar tadi.

3. Seterusnya, masukkan bahan mentah seperti ayam, daging, udang atau sotong.

4. Apabila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan sos tiram atau sos seafood.

5. Kemudian, masukkan air, sos ikan dan garam.

6. Masukkan juga sayur dan bancuhan tepung jagung.

7. Kacau rata sehingga kuah sedikit pekat. Siap dan sedia untuk dicurahkan ke atas mi gulung.

mee gulung

RESIPI MEE GULUNG

Bahan-bahan:

  • Mi kuning
  • Sebiji telur
  • Daun bawang dicincang
  • Bawang besar potong dadu
  • Bawang goreng

Cara-cara:

1. Basuh atau celur mi kuning.

2. Pecahkan sebiji telur, pukul bersama daun bawang yang sudah dicincang serta bawang besar yang dipotong dadu.

3. Panaskan sedikit minyak di atas pan, tuangkan bancuhan telur tadi seperti membuat telur dadar. Kemudian, susun mi memangkan dan gulungkan.

4. Bila dah siap, letak atas pinggan dan curahkan kuah tadi. Tabur sedikit bawang goreng dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

mee gulung

Kredit resipi dan gambar: Nadia Muharam

Baca juga: Mi Goreng Lada Hitam, Resipi Campak-Campak Tapi Rasa Mantap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN