sotong masak dakwat hitam

Mari cuba buat Sotong Masak Dakwat Hitam ini. Hidangan ini ialah satu masakan istimewa dari negeri Johor yang kurang dikenali ramai. Malah, salah satu menu kegemaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.

Rupanya, agak luar biasa disebabkan warnanya yang hitam tetapi ia sangat lazat dan mudah untuk disediakan.  Bahan-bahan tumisan dalam masakan ini dikisar untuk mendapatkan kuah yang gelap dan pekat.

Apabila bahan tumisan dikisar, dakwat sotong lebih mudah menyerap dan sebati. Dakwat sotong juga mengandungi bahan perisa semulajadi yang akan menambahkan rasa masakan ini.

Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’

Rahsia masak sotong atau apa-apa makanan laut ialah jangan masak terlalu lama, hentikan proses memasak sebelum sotong masak sepenuhnya kerana sotong akan terus memasak walaupun api telah dipadam dan dikeluarkan dari periuk.

Protein dalam sotong sangat cepat bertindakbalas dengan haba dan akan mengecut dan mengeluarkan air dan apabila air dari sotong ini keluar, sotong akan menjadi keras dan liat.

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Lina Edman ini. 


RESIPI SOTONG MASAK DAKWAT HITAM

sotong masak dakwat hitam

Bahan-bahan:

  • Sotong – asingkan dakwat sotong dalam 1 bekas yang lain 
  • Bawang merah – hiris
  • Bawang putih – hiris
  • Halia – hiris
  • Serai – ketuk
  • Cili hidup merah – hiris
  • Cili hidup hijau – hiris
  • Cili kering – kisar
  • Sedikit pes asam jawa

Cara-cara penyediaan:

1. Kisarkan bahan tumisan yang perlu dikisar.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan campuran bahan kisar dan cili kisar.

3. Gaulkan rata dan tambah serai yang telah dititik.

4. Bila bahan tumisan sudah garing dan kering, masukkan sotong dan kantung dakwat sotong. Gaulkan supaya rata.

5. Tambahkan 2 sudu besar air supaya warna dakwat sotong diratakan didalam kuah. Gaulkan dan tambah sedikit lagi air tetapi jangan terlalu banyak kerana kuah perlu pekat.

6. Tambah garam, gula secukup rasa dan 1/2 sudu kecil pes asam Jawa. Jangan tambah asam Jawa terlalu awal kerana asid dalam asam Jawa akan membuatkan sotong menjadi liat.

7. Boleh juga tambah sedikit serbuk perasa jika anda suka.

8. Jangan masak sotong terlalu lama, padamkan api sebelum sotong masak sepenuhnya kerana sotong akan terus masak walaupun api telah dipadamkan.

9. Masakan ini seeloknya dihidangkan dengan segera selepas dimasak.

10. Hidangkan dengan hiasan cili potong dan daun sup.

sotong masak dakwat hitam


Selamat mencuba resipi sotong masak dakwat ini.

Sumber: Lina Edman

Baca juga: Sotong Goreng Kunyit Berempah, Gaul Dengan Nasi Panas-panas, Nikmatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN