kerabu kaki ayam

Mari cuba buat Kerabu Kaki Ayam yang sedap dan mudah ini. Hidangan ini terkenal dengan rasa segar, pedas, dan asam yang khas, serta komposisi bahan-bahan yang beragam.

Baca juga: Kerabu Taugeh Air, Macam Cara Orang Dulu Dulu Guna Resipi Ini

Cara membuat kerabu ini menciptakan rasa yang segar, pedas, dan asam. Hidangan ini biasanya disajikan dingin, sehingga sangat sesuai sebagai hidangan pembuka atau hidangan sampingan.

Bukan itu sahaja, kaki ayam mengandungi kolagen, protein struktur yang penting untuk kulit, rambut, kuku dan sendi. Pengambilan kolagen dapat membantu meningkatkan kelembapan kulit dan kesihatan sendi.

Berikut adalah resipi dari perkongsian Cik Puan Mummy Mida yang anda boleh ikuti. 


RESIPI KERABU KAKI AYAM

kerabu kaki ayam

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1kg kaki ayam dibuang tulangnya
  • 2 labu bawang holland dimayang
  • 2 batang serai dimayang
  • 2 biji cili merah dimayang
  • 6 biji cili padi dimayang (boleh tambah jika suka pedas)
  • 1 kuntum bunga kantan dimayang
  • 2 helai daun limau purut dimayang
  • 1 pokok daun ketumbar dimayang
  • 2 biji tomato dipotong kecil
  • 5 biji jus limau kasturi
  • 2 sdb sos plam
  • 1 sdb gula
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan kerabu:

1. Rebuskan kaki ayam yg telah diasingkan dgn tulangnya bersama 1 inci halia dan 3 ulas bawang putih yang ditumbuk dan sedikit garam.

2. Bila kaki ayam dah lembut angkat dan toskan.

3. Potong kecil kaki ayam yg telah direbus tadi.

4. Campurkan semua bahan dan digaul rata bersama kaki ayam.

5. Perasakan garam. Sedia untuk dihidang.

kerabu kaki ayam


Selamat mencuba resipi Kerabu Kaki Ayam yang mudah ini.

Sumber: Facebook Mummy Mida

Baca juga: Kerabu Daging Goreng Sweet Sour, Resipi Unik, Ringkas Dan SEDAP Untuk Dicuba

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN