Baru-baru ini, viral di media sosial berkenaan sebuah kedai makan yang menjual telur dadar Thai dengan harga RM13 ringgit. Telur dadar tersebut dikatakan sesuai dengan harga kerana menggunakan beberapa ketul udang segar.
Namun begitu, buat sesetengah orang, harga untuk sepinggan telur dadar tersebut boleh dikatakan agak mahal. Oleh itu, jika ada yang teringin nak cuba telur dadar Thai tapi nak jimat, apa kata jom kita cuba masak sendiri.
Mari ikuti resipi yang telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di bawah.
Baca juga: Cara Goreng Telur Mata Kerbau Yang Cantik Elok, Kena Ikut 3 Tips Ini
CARA MASAK TELUR DADAR THAI
Bahan-bahan:
- 3 biji telur A
- 7 ekor udang cuci bersih
- Segenggam daun thai basil*
- Daun bawang*
- Cili padi hijau*
- Cili padi merah*
- Bawang rose hiris
- Sos ikan brand Tiparos
- Garam (empunya resipi tak letak)
- 2 jenis serbuk perasa (guna yang ada jenama)
- Gula perang (bukan gula putih)
Cara-cara:
1. Hiris semua bahan bertanda (*). Masukkan ke dalam telur dan campur semua bahan lain. Pukul sehingga rata dan sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan guna minyak yang baru bagi setiap omelette.
3. Bila dah siap goreng, angkat dan letak ke dalam pinggan. Hiaskan dengan taugeh.
4. Sedap jika dimakan dengan sos Prik Nam Pla. Mari ikuti resipi di bawah.
Resipi Prik Nam Pla
Bahan-bahan:
- Bawang putih 5 ulas
- Cili
- Sos ikan
- Sos golden mountain
- Jus asam limau (jangan guna yang botol)
- Gula thai/gula somatan 1 sudu
Cara-cara:
1. Cincang bawang putih dan cili mengikut tahap kepedasan yang disukai. Letakkan di dalam mangkuk.
2. Kemudian, tuangkan sos ikan sehingga tenggelam bahan cincang. Letakkan juga sedikit sos golden mountain.
3. Perah asam limau dan masukkan gula thai atau gula somtam. Kacau rata dan siap!
Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar
Baca juga: Cara Masak Telur Mata Sambal Hijau, Pedas-Pedas Manja Tapi Sangat Nikmat!