japanese cotton cheesecake

Wah! nampak gebu bergedik bila tengok dari gambar. Jom buat Japanese Cotton Cheesecake ini. Hanya menggunakan sukatan cawan, memang mudah ikut satu persatu cara membuatnya. 

Baca juga: Kek Yogurt Cheese Strawberry Lembut Dan Gebu, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Pencuci mulut ini juga dikenali sebagai kek keju soufflé Jepun, dan kek ini lebih ringan dan kurang padat berbanding kek keju tradisional. 

Mari ikuti resipi dari perkongsian dari Malaysia Culinary ini.


RESIPI JAPANESE COTTON CHEESECAKE

japanese cotton cheesecake

Bahan-bahan A:

  • 250g cream cheese
  • 50g butter (1/4 cawan)
  • 100ml fresh milk (1/2 cawan)

Bahan-bahan B:

  • 60g tepung kek
  • 20g tepung jagung

*gaulkan sekali

Bahan-bahan C:

  • 5 biji telur kuning
  • ¼ tsp garam

Bahan-bahan D:

  • 5 biji telur putih
  • ¼ tsp cream of tartar
  • 120g gula halus

Cara-cara membuat:

1. Cairkan bahan A menggunakan double boiler, kacau hingga sebati.

2. Biarkan sejuk sedikit, masukkan bahan B & C dan kacau sebati.

3. Pastikan aduan cheese tadi tak terlalu panas, kalau panas sangat, nanti telur kuning termasak pula.

4. Pukul telur putih bersama cream of tar tar dan masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga berbuih atau meringue. Bila adunan dah ok, terbalikkan bekas.

5. Masukkan adunan telur putih tadi ke dalam adunan cheese sedikit demi seikit, gaul hingga sebati.

6. Tuangkan ke dalam loyang kek.

7. Bakarkan cheesecake dengan menggunakan water bath pada suhu 160C untuk 15 minit, kurangkan suhu kepada 150C and bakar untuk 45 minit.

8. Turunkan suhu kepada 140C and bakar sehingga atas kek jadi golden brown dan cucuk tengah kek untuk pastikan kek masak atau tidak. Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan.

Nota tambahan:

  • Pastikan putih telur dikocak hingga teguh dan berkilat. Ini penting untuk memberikan kek tekstur yang ringan dan mengembang.
  • Selepas gabungkan bahan, kacau adunan secara perlahan sehingga sebati. Jangan terlalu lama mengadun untuk elakkan kehilangan udara dalam adunan.
  • Anda boleh hias dengan buah-buahan segar, serbuk gula halus, atau serpihan coklat putih untuk tambah seri pada kek.

Selamat mencuba resipi cheesecake ini.

Kredit resipi: Malaysia Culinary

Baca juga: Kek Fruit Pastry Cara SIMPLE, Kek Viral Tahun 2010 Dah Trending Balik!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN