bibim guksu

Bibim Guksu adalah sejenis hidangan mee campur pedas dari Korea yang sangat popular. “Bibim” bermaksud “dicampur” dalam bahasa Korea, manakala “Guksu” merujuk kepada mee.

Biasanya, sebelum dimakan, semua bahan dicampurkan bersama-sama dalam mangkuk sehingga mee dan bahan-bahan lainnya dilapisi dengan sos yang kaya dan lazat.

Baca juga: Salad Timun Ala Korea, ‘Terlajak’ Rangup Dan Pedas-Pedas Manis Guna Resipi Ini!

Walaupun hidangan ini dimakan dalam keadaan sejuk, ia masih memberikan rasa yang menyegarkan apabila dimakan pada hari yang panas.

Resipi ini sangat terbuka kepada pelbagai versi mengikut citarasa individu dan antara hidangan popular di seluruh dunia. Berikut adala resipi mudah perkongsian Cik Puan Nur Anny Sofia yang boleh dicuba. 


RESIPI BIBIM GUKSU (MEE CAMPUR PEDAS KOREA) 

bibim guksu

Bahan-bahan:

Bahan hiasan:

  • 1 biji Telur rebus
  • hirisan Timun

Cara-cara:

1. Didihkan air di dalam periuk dan rebus pasta Angle Hair selama 15 minit.

2. Sementara tunggu pasta direbus, siapkan sos. Campurkan kimchi yang dihiris, air kimchi, gochujang, kicap cair, apple cider vinegar, gula, madu, minyak bijan dan bijan.

3. Selepas mee pasta siap direbus, tapiskan air dan cuci mee pasta dalam air ais untuk hentikan proses memasak.

4. Setelah mee sejuk, tapiskan sekali lagi air.

5. Campurkan sos dan mee pasta. Gaul hingga sebati.

6. Letakkan hirisan timun dan telur rebus di atas mee dan siaplah mee korea ini.


Selamat mencuba hidangan mee campur pedas Korea ini.

Baca juga: Japchae Ikut Tekak Melayu, Korea Glass Noodle Yang Sedap Dan Rugi Tak Cuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN