tip masak nasi briyani

Rupanya ada tip masak Nasi Briyani elok berderai dan tak melekat pada periuk. Hidangan ini umumnya terdiri dari nasi yang dimasak dengan rempah-rempah dan bumbu khusus.

Baca juga: Makan Nasi Sejuk Baik Untuk Kesihatan Rupanya, Lelaki Ini Beri Penjelasan Sebabnya

Nasi Briyani biasanya dihidangkan dalam pelbagai variasi, dan disajikan dengan daging, telur, kacang-kacangan, bahkan sebagai hidangan vegetarian.

Mari ikuti resipi dan tip dari perkongsian Encik Nazri Mat Zain atau lebih mesra dipanggil Chef Papa ini. 


TIP MASAK NASI BRIYANI ELOK BERDERAI

Meh sini tengah free ini Papa share Resipi Nasi Biryani masak berderai. Banyak cara org masak nasi biryani ini. Cara Papa biashe2 je.

tip masak nasi briyani

Bahan-bahan:

  • Beras Basmathi Jasmine pusa Cream 10kg
  • Minyak Sapi 1/2kg + Minyak masak 1kg
  • Air 10 liter
  • Susu Cair 3 tin
  • Kismis 1kg
  • Biji Gagus 1/2 kg – Goreng atau sangai
  • Pewarna Kuning Telur 1 Botol
  • Sunquick Oren 1/4 cawan
  • Daun pudina 
  • Daun ketumbar 
  • Daun sup
  • Daun Bawang 
  • Bay leaf (Daun Salam) 6 helai
  • Daun Pandan 6 helai – simpul2
  • * Bawang besar 4 biji
  • * Bawang putih selabu
  • * Halia 200g
  • Bawang besar 2 biji lg – potong mayang
  • Rempah 4 sekawan
  • Rempah Briyani 200g
  • Rempah Daging Baba’s 3 SB
  • Campur dan bancuh hingga sebati
  • Tomato Puree 1/2 tin
  • Tomato soup 1/2 tin
  • Cili sos 1 cawan
  • Garam ajinomoto dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, kisar bahan bertanda * dan ketepikan. 

2. Panaskan minyak Sapi dan minyak Masak dalam kuali yang sesuai. Masukkan bawang mayang dann bwg yg dikisar tadi. 

3. Masukkan rempah 4 sekawan. Bila dah naik wangi, masukkan rempah briyani dan rempah daging. Masukkan daun pandan dan bay leaf. 

4. Masak hingga pecah minyak. Lepas itu, masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa. Dah betul-betuk pecah minyak, tutup api.

5. Sediakan periuk saiz 55cm.  Basuh beras Basmathi dan rendam selama 15 minit dan toskan

6. Masukkan rempah yang sudah masak tadi ke dalam periuk. Masukkan air yang telah disukat. Masak hingga air mendidih.

7. Bila air dah didih masukkan susu cair dan sunquick oren. Masukkan beras basmathi yang telah siap ditoskan.

8. Kacau hingga nasi hampir kering dan perlahankan api sehabis mungkin. Kalau guna dapur 4 lingkaran tu tutup semua api bahagian dalam dan tinggal bahagian luar dan kecilkan sehabis mungkin.

9. Masukkan gajus, kismis, daun sup, daun bawang, daun pudina dan daun ketumbar. Tutup periuk dengan tudung dan tindihkan tudung periuk dgn pemberat.

10. Agak-agak dalam 20 minit baru buka tudung periuk dan masukkan pewarna kuning telur, kacau nasi tersebut hingga pewarna jadi sekata. Dah siap!


Selamat mencuba tip dan cara memasak dari Chef Papa ini.

Baca juga: Nasi Butter Ala KFC, Mesti Anak Terpikat Nak Makan Bertambah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN