ayam masak pedas

Bagi penggemar masakan Thai, pastinya pernah merasa hidangan Ayam Masak Pedas. Hidangan ini sering menjadi pilihan popular jika ke kedai tomyam.

Hidangan ini menggunakan daging ayam sebagai bahan utama dan memiliki cita rasa pedas. Bahan-bahan lain yang digunakan juga ialah cili, pes tomyam atau cili boh sebagai pelengkap rasa

Baca juga: Sup Perut Lembu Thai Guna Pes INI, Memang Cukup Rasa Masam Pedasnya

Selain rasa pedas, masakan ini juga bisa memiliki rasa masam, manis, pedas, dan segar karena penggunaan bahan-bahan seperti jus limau kasturi, daun kaffir, serai, dan sos ikan Thai.

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Iryani Zaki ini dan lihat cara-cara memasaknya. 


RESIPI AYAM MASAK PEDAS

bahan ayam masak pedas

Bahan-bahan yang digunakan:

Cara-cara memasak:

1. Gaul ayam bersama kunyit,garam dan sedikit tepung jagung. Goreng ayam sehingga masak.

2. Kisar bawang merah dan putih bersama, cili kering. Tumis bawang dan cili kering sehingga pecah minyak

3. Masukkan bawang holand dan halia yang dah disiap mayang.

4. Masukkan pes tomyam dan biarkan selama 5minit. Masukkan sedikit air. Biarkan sehingga naik bau.

5. Dah pecah minyak, masukkan sayur, serai dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula.

6. Perah air limau nipis dan akhirnya masukkan ayam.

7. Siap! Rasanya sedap sangat ada manis, masam. Macam masak merah tomyam.

ayam masak pedas


Selamat mencuba resipi Ayam Masak Pedas ini. 

Baca juga: Sotong Masak Ala Thai, Cukup Rasa Pedas Masam Manisnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN