Risoles adalah sejenis makanan goreng yang popular di Indonesia. Ia adalah hidangan yang terdiri daripada kulit nipis yang diperbuat daripada adunan tepung dan dipenuhi dengan pelbagai pengisian seperti daging, sayur -sayuran, dan sos.
Baca juga: Serabi Pandan Kuah Kinca, Penkek Tradisional Indonesia Yang Boleh Dicuba
Berikut adalah cara-cara membuat Risoles menggunakan inti ayam menerusi perkongsian dari Cik Puan Nor Atika Nazirah yang anda boleh ikuti.
RESIPI RISOLES INTI AYAM
Teringin lama dah nak buat makanan dari negara seberang ini. Risoles inti ayam. Sis buat besar-besar, sebab dah tak larat nak berdiri lama di dapur untuk buat kulitnya. Yang penting, sedap sangat menu ini makan panas-panas dan gigit sekali bersama cili padi.
Bahan untuk inti:
- Isi ayam
- Kentang
- Lobak merah
- Kiub pati ayam
- Lada sula
- Daun sup
- Bread crumbs
- Air
- Garam
Bahan untuk kulit:
- 500g tepung gandum
- 4 sudu besar tepung ubi
- 4 sudu minyak masak
- 1 biji telur
- Air secukupnya
- Sedikit garam
Cara-cara membuat inti:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah dan kacau sehingga layu dan garing.
2. Kemudian masukkan isi ayam dan kacau sehingga masak.
3. Bila ayam dah masak, boleh masukkan kentang dan lobak merah bersama air, sebab nak bagi kentang dan carrot cepat empuk, letak kiub pati ayam,lada sulah secukup rasa, dan kacau sehingga inti menjadi kering dan boleh tutup api.
Cara-cara membuat kulit:
1. Masukkan tepung gandum,tepung ubi ke dalam bekas.
2. Gaul bagi sebati, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Masukkan telur dan garam. Lepas itu, masukkan lagi air kacau adunan sehingga sebati. Adunan jangan terlampau pekat dan jangan terlampau cair.
Langkah terakhir:
1. Ambil kulit risoles yang dah siap masak, lepas itu masukkan inti dan gulung.
2. Kemudian celup risoles dengan telur dan last sekali salut dengan breadcrumb. Masak dalam api sederhana. Sedap makan panas-panas bersama cili padi.
Resipi ini boleh diselaraskan dengan citarasa anda, dan boleh membuat bahan inti mengikuti apa yang anda suka. Selamat mencuba.
Baca juga: Telur Bumbu Kuning Pedas Resipi Indonesia, Sedap Makan Bersama Nasi Impit, Pulut Kuning