ubat batuk homemade

Ubat batuk merupakan salah satu jenis ubat yang umum digunakan untuk meredakan gejala batuk, yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jangkitan virus, alergi, atau pun masalah pernafasan.

Ia bertujuan untuk mengurangkan kerengsaan pada saluran pernafasan, mengurangkan frekuensi dan kekerapan batuk, serta membantu individu mendapatkan rehat yang mencukupi.

Baca juga: 5 Jenis Makanan Perlu ELAK Sebelum Bernikah, Doktor Ini Kongsi Sebabnya

Dalam konteks ini, MyResipi ingin kongsikan resipi homemade dari Cik Puan Nor Hasnah Abdul Kadir. Beliau juga berkongsi cara penggunaan yang betul supaya dapat mengatasi masalah batuk dengan lebih berkesan.


RESIPI UBAT BATUK HOMEMADE

Pagi ini sediakan ramuan ubat batuk. Pesakit autoimmune macam saya kalau batuk susah nak kebah. Jadi, ini lah ubat saya selama ini. Resipi ini adalah ramuan zaman dahulu kala bagi kaum cina. Kalau ada sahabat yang ada anak batuk-batuk dah lama dan tak sembuh boleh ikhtiar cara ini. 

ubat batuk

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara membuatnya:

1. Bancuh air madu dan isi dalam botol kaca atau plastik.

2. Belah dua limau jangan putus.

3. Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.

4. Isi asamboi dalam buah limau.

5. Isi limau ke dalam air madu tadi. Lagi lama perap, lagi bagus ubat homemade ini. Siap!

Cara makan:

1. Ambil 2 sudu makan, dan bancuh dengan air suam (cara minum madu begitu supaya cepat diserap oleh badan)


Semoga bermanfaat!

Baca juga: Beza Tarikh Luput ‘Guna Sebelum’ Dengan ‘Baik Sebelum’ Pada Label Makanan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN