salad timun

Baru-baru ini viral di laman sosial berkenaan salad timun yogurt yang dikatakan sangat sedap dan lazat.

Salad timun yogurt adalah timun yang diparut nipis dan digaul dengan yogurt serta beberapa bahan yang lain.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan salad ini.

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh saudari Nor Atika Nazirah di bawah.

Menurutnya, resipi ini telah diolah sedikit dari resipi asal. Namun begitu, hasilnya tetap sama sedap!

Baca juga: Resipi Chicken Salad, Menu Diet Yang Sedap Sampai Hari-Hari Nak Makan!

RESEPI SALAD TIMUN YOGURT

Bahan-bahan:

  • 3 sudu makan yogurt (boleh lebihkan jika suka)
  • 1 sudu makan mayonis
  • Serbuk blackpepper
  • Serbuk parsley
  • Serbuk paprika onion
  • Perahan lemon sedikit
  • Timun Jepun – kupas guna pengupas kulit buas
  • Tomato cherry
  • 2 biji telur rebus

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan di atas dan gaul sehingga semuanya sebati.

salad timun

RESEPI CROUTON

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Potong roti kepadi potongan kecil. Kemudian oleskan dengan olive oil.

2. Bakar di dalam oven pada suhu 200°C selama 10 minit. Jika nampak belum garing, bakar lagi selama 1 atau 2 minit. Bila dah sejuk, ia akan jadi garing.

3. Tabur ke atas salad timun yogurt tadi. Selamat mencuba!

salad timun

Kredit resipi dan gambar: Nor Atika Nazirah

Baca juga: Tak Perlu Pergi Jauh Nak Makan ‘Thai Salad’, Kat Rumah Pun Boleh Buat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN