tip air asam sedap

Ini tip air asam sedap menyengat dan sangat mudah disediakan. Jika makan ikan bakar, daging bakar ataupun terung bakar, macam tak lengkap jika tidak dicicah dengan air asam. Namun, tidak semua orang mampu menghasilkan air asam yang sedap. Ada ketika, air asamnya cair dan tidak secukup rasa.

Baca juga: Sambal Bawang SIMPLE Tapi Padu, Simpan Luar Peti Sejuk Pun Tahan Seminggu!

Boleh ikuti resipi perkongsian Cik Puan Ameera ini boleh bantu anda dapatkan air asam yang pekat, sedap dan menyengat. Mari kita ikuti perkongsian ini di bawah.


TIP AIR ASAM SEDAP MENYENGAT

Air asam menyengat. Mudah dan sedap sampai ke titisan pinggan kali ke 4. Selalu buat cicah dengan ikan sahaja, ikan tu ibu kukus je. Berpinggan weh! Cubalah.

tip air asam sedap

Bahan-bahan:

  • 10 cili padi
  • 2 biji besar cili merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • Asam Jawa biji
  • Belacan
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit garam

Cara-cara penyediaan:

1. Ambil 10 biji cili padi, 2 biji besar cili merah, 1 biji tomato dan 1 biji bawang besar. Potong nipis semua bahan ini.

2. Campurkan asam jawa biji bersama air suam 1 cawan dalam satu mangkuk.

3. Dalam mangkuk yang lain, masukkan sedikit garam dan 2 sudu makan gula.

4. Kemudian, belacan hancurkan, guna tangan saja.

5. Masukkan sos tomato 1 sudu makan, dan juga sos cili 1 sudu makan juga.

6. Tuang air asam jawa tadi, tapis bijinya.

7. Akhirnya sekali gaul semua ini, guna tangan lagi sebati. Sambil itu selawat. Inilah rahsia sedap. Dah siap! bole makan dengan ikan bakar atau kukus.


Selamat mencuba tip bagi sedap air asam ini. Memang syahdu cicah dengan ikan bakar atau ikan kukus. Fuhh!

Baca juga: Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN