resepi daging goreng kunyit

Tiada idea nak masak menu apa menggunakan daging? Apa kata jom cuba resepi daging goreng kunyit berempah versi Kelantan ini.

Raya Haji tahun ini pasti ramai yang dapat daging kan? Bolehlah cuba resipi ini untuk makan tengahari.

Jika ikut resipi di bawah, hasil daging goreng kunyit dijamin lembut dan tidak liat. Hal tersebut kerana daging direbus dengan air terlebih digoreng.

Saudari Daia Jaafar ada berkongsikan resipinya di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Sup Kaki Lembu, Orang Lama Kongsi Cara Proses & Bersihkannya

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT BEREMPAH KELANTAN

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Biji ketumbar – ditumbuk
  • Kunyit serbuk
  • Garam
  • 1 biji bawang merah – saiz sederhana
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • 2 biji bawang putih
  • Bawang holland
  • Cili api
  • Sayur kacang panjang
  • Lobak merah
  • Bunga kubis

Cara-cara:

1. Hiris nipis daging. Pastikan daging dipotong melawan aras urat supaya tidak liat bila dimakan.

2. Kemudian gaulkan daging dengan ketumbar yang ditumbuk, serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan perap selama 30 minit.

3. Kisar halus bawang merah, kunyit hidup, halia dan bawang putih.

4. Kemudian satukan bahan kisar dan daging di dalam kuali. Masukkan air sama paras dengan daging. Tutup dan rebus sehingga daging empuk. Guna api sederhana. Sesekali bunga penutup dan biarkan seketika untuk keringkan air.

5. Bila air dah kering, masukkan minyak dan goreng daging tadi. Kemudian baru masukkan sayur, bawang holland dan cili api. Gaul sehingga sayur layu.

6. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Daia Jaffar

Baca juga: Gulai Daging Tetel Dengan Nangka Muda, Suami Makan Tak Pandang Kiri Kanan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN