Setiap kali ke pasar malam, mesti akan beli sate daging atau ayam banyak-banyak untuk hidangan makan beramai-ramai. Sedap betul bila kita makan sate yang isinya besar, dan murah. Rasa pulak sedap dengan kombinasi dengan kuah yang disediakan.
Baca juga: 5 Sate Minang ‘Thorbaek’ Sekitar KL & Selangor yang Anda Patut Cuba
Tapi sekarang ni, agak susah sikit nak dapatkan sate dengan harga yang mampu milik. Jadi, bila scrolling Facebook, terjumpa satu resipi macam mana cara buat nak buat sate yang sedap.
Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Siti Norizan ini. Memang ‘merecik’ dibuatnya guna resipi perapan ini.
RESIPI PERAPAN SATE DAGING
Bahan utama:
- 3kg daging -potong kiub untuk sate
Bahan kisar:
- 2 labu bawang besar
- 5 ulas bawang merah
- 1 labu bwg putih
- 2 inci halia
- 4 batang serai
Bahan perap:
- 2 keping gula melaka – potong kecil
- 1 ½ cawan gula putih + gula perang
- 3 sudu kecil garam
- 4 sudu besar serbuk kunyit
- 4 sudu besar serbuk jintan manis
- 4 sudu besar serbuk jintan putih
- 4 sudu besar serbuk ketumbar
Cara penyediaan:
1. Mula-mula sekali, kisar bahan blend sehingga hancur lumat.
2. Perapkan semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas daging yang dipotong kiub. Sebatikan perap semalaman dalam peti ais. Lagi lama perap lagi sedap
3. Cucuk sate dengan lidi dan bakar dalam selama 40 minit atau sehingga sate masak.
4. Air perapan satay tadi jangan buang. Boleh gunakan untuk kuah kacang. Cuma tambahkan beberapa bahan sahaja.
5. Sedia untuk dihidang bersama kuah kacang.
Selamat mencuba resipi perapan sate ini