jenis beras

Sekiranya anda tertanya-tanya, kenapa ada banyak jenis beras di seluruh dunia dan berbeza bentuk dan saiz, dari panjang dan kurus kepada gemuk dan pendek.

Di pasaran dunia, gred dan kualiti beras yang paling penting ialah panjang dan keputihan beras. Bunyinya rasis, tetapi itulah hakikatnya.

Baca juga: Kutu Beras Tetap Ada Walaupun Tak Buka Lagi? Lelaki Ini Kongsi Sebabnya

Selain itu, faktor seperti bentuk, ketumpatan, kelembutan, dan rasa nasi juga akan mempengaruhi kualiti sesuatu jenis beras.

Di Malaysia terdapat beberapa jenis beras seperti beras perang, beras basmati, beras wangi, dan beras pulut. Jom tengok jenis-jenis beras dari perkongsian Farmera di laman Facebook ini. 


JENIS JENIS BERAS 

jenis beras

1. Beras Pendek (saiz <5.2mm panjang)

Beras ini berbentuk bulat dan pendek. Apabila dimasak, ia melekat kerana kandungan kanji yang tinggi.

Contoh:

a. Beras sushi (mutiara)

Beras ini mempunyai tekstur berkanji, sesuai untuk dibuat sushi yang terkenal di Jepun. Beras jenis ini juga digemari di Korea dan China.

b. Beras Arborio

Beras ini ditanam di Itali. Setelah dimasak, nasinya melekat antara satu sama lain. Beras ini memerlukan air yang banyak untuk dimasak kerana ia mengandungi kanji yang berlebihan.

c. Beras pulut

Beras ini berwarna susu. Sesuai untuk dibuat pulut, lemang, kuih-muih, dan lain-lain.


3. Beras Sederhana Panjang (saiz 5.2 – 6.0mm panjang)

Beras ini lebih lebar daripada beras panjang dan nasi yang dihasilkan adalah lembut. Kebanyakan nasi putih yang kita makan hari-hari adalah jenis ini.

Contoh:

  • Beras Calrose
  • Beras Risotto
  • Beras tempatan

3. Beras Panjang (Saiz >6.0mm panjang)  

Panjangnya 4 kali ganda daripada lebarnya. Apabila dimasak nasinya menjadi berderai, ringan dan lembut. Sangat sesuai untuk dibuat nasi beriani, nasi minyak, nasi bukhari, nasi Arab dan nasi tomato.

Contoh:

a. Beras Basmati

Beras Basmati ini ditanam di Pakistan dan India serta Amerika Syarikat. Ia mempunyai aroma yang enak. Setelah dimasak, nasinya tidak melekat, berderai dan tidak mudah patah. Sangat sesuai untuk dibuat nasi beriani, nasi minyak dan nasi bukhari.

b. Beras Jasmine

Ada varietinya yang dikenali sebagai beras wangi. Banyak ditanam di Thailand dan Amerika Syarikat. Berasnya panjang dan lembut setelah dimasak. Beras ini hampir menyerupai beras basmati.

c. Beras organik

Beras organik adalah jenis beras panjang yang bermutu tinggi dan sangat berkhasiat dengan kandungan karbohidrat yang rendah.


Semoga bermanfaat!

Baca juga: Gadis Ini Selamba Jadikan Beras Sebagai Kudapan, Rupanya Ramai Buat Perkara Sama!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN