Isi durian lebam yang dianggap rosak itu sebenarnya digelar sebagai Tupai King dan kebanyakan peminatnya terdiri daripada bangsa Cina.
Namun, antara jenis durian yang selalu mendapat tempat di hati peminat adalah Musang King dan Durian Kampung.
Bila sebut sahaja tentang durian, pasti sudah terbayang isinya yang lazat dan baunya yang menyengat.
Baca juga: Top 5 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia, Nombor 3 Paling Ramai Peminat!
Kebiasaannya, isi durian berwarna kekuningan atau krim. Namun, lain pula dengan durian yang dijual oleh seorang peniaga di Raub, Pahang.
Peniaga Dakwa Isi Durian Itu ‘Rare’, Susah Nak Jumpa
Melalui satu hantaran yang dibuat oleh seorang peniaga yang dikenali sebagai Rizky Durian, isi durian di dalam gambar yang dimuat naik itu kelihatan berwarna hitam kekuningan.
Menurutnya, rata-rata pelanggan akan menolak dan menganggap durian itu telah rosak kerana warna isinya tidak seperti buah durian yang biasa.
Namun, dia menolak dakwaan itu, sebaliknya menjelaskan durian itu adalah buah yang unik dan ‘rare’ kerana sukar didapati.
“Durian ini barang rare. Susah nak jumpa. Yang tahu sahaja akan menghargai,” tulisnya di Facebook.
Tidak marah dan berkecil hati dengan reaksi kebanyakan pelanggan, dia yakin durian jenis ini mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana rasa dan teksturnya yang unik.
Menurutnya lagi, buah durian itu digelar sebagai Tupai King dan kebanyakan peminatnya terdiri daripada bangsa Cina.
Rata-rata warganet menganggap peniaga itu menipu malah ada di antara mereka yang menyatakan isi durian itu kehitaman kerana telah rosak akibat ditanam berhampiran kubur.
Namun ada juga yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh peniaga berkenaan dan kebanyakan warganet mahu mencuba buah yang unik ini.
Tupai King atau Tupai 226 mula mendapat tempat di kalangan peminta durian tegar di Pulau Pinang. Bentuknya juga menyamai durian Duri Hitam (D200) namun rasanya dikatakan seperti durian Musang Queen atau Tekka (D160).
Apa yang membuat Tupai King lebih unik kerana pokoknya hanya ada di Pulau Pinang sahaja.
Baca juga: Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Rasa Berbaloi Nak Beli!