Antara pengumuman yang menarik perhatian dalam Belanjawan 2027 ialah peningkatan peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion sebelum ini.
Menerusi inisiatif ini, semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan SARA sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun, sekali gus memanfaatkan sehingga sembilan juta penerima.
Baca juga: Makanan Malaysia Memang ‘Next Level’, Ini 5 Menu Yang Buat Orang Negara Luar Tak Henti Memuji!
BELANJAWAN 2027, SARA KINI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BELI BARANG BASAH

Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR turut akan menerima SARA MADANI sebanyak RM100 sebanyak dua kali, iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang sambutan 70 tahun kemerdekaan negara. Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia, termasuk golongan M40.
Lebih menarik, penggunaan SARA turut diperluas kepada pembelian barangan basah dan segar di 216 pasar tani atau tamu kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara.
Dalam pada itu, rangkaian rakan niaga SARA kini merangkumi 15,000 premis di seluruh negara, termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi. Kerajaan turut menyasarkan peningkatan jumlah kedai runcit kecil yang terlibat kepada 10,000 buah sebelum penghujung tahun ini bagi meluaskan akses rakyat kepada kemudahan tersebut.
Sumber: Youtube Buletin TV3
Baca juga: Dulu Selalu Dapat ‘Complain’ Pelik, Kini Penumpang Puji Menu Baharu ETS Makin Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

