Jom cuba resepi bendi goreng rangup yang merupakan perkongsian oleh Jes Tham di laman sosial Facebook.
Menurutnya, resipi ini berasal dari India. Menu ini juga dikatakan pasti dapat memikat hati sesiapa sahaja kerana teksturnya yang rangup dan sedap.
Kalau anda tertanya-tanya apa rasa bendi goreng crispy ni, jom kita cuba masak menggunakan resipi di bawah.
Baca juga: Bendi Goreng Tumis Belacan Udang, Ini Tips Supaya Tak Berlendir & Rangup
RESEPI BENDI GORENG CRISPY
Bahan-bahan:
- Bendi muda
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- Air secukupnya
- Sedikit garan
Cara memasak:
1. Beli bendi yang muda kemudian potong separuh. Buangkan bahagian atas dan bawah.
2. Dalam bekas yang bersesuaian, satukan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk kunyit.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Jika sukakan rasa pedas, tambah emping cili.
5. Ambil hirisan bendi dan celup ke dalam bancuhan tepung tadi. Pastikan tepung bersalut dengan sepenuhnya.
6. Rehatkan hirisan bendi seketika anggaran 20 minit. Lagi lama, lagi bagus.
7. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan secukupnya. Tabur sedikit garam.
8. Masukkan kepingan bendi tadi. Pastikan kepingan bendi berjauhan antara satu sama lain untuk mengelakkan ia melekat.
9. Goreng bendi sampai kekuningan. Goreng lagi lama sedikit supaya jadi rangup. Namun pastikan tidak hangus.
10. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati. Makan masa bendi masih panas kerana masa tu tekstur bendi paling rangup.
Kredit resipi dan gambar: Jes Tham
Baca juga: Resipi Kari Ayam Tanpa Santan Yang Unik Tapi Sedap, Kena Letak Daun Pandan & Bendi