Tiada idea nak makan malam apa? Jom cuba resepi maggi goreng yang mudah dan sedap ini.
Resipi hasil perkongsian oleh Puan Afy Al Habibi pasti tidak akan mengecewakan anda!
Dimakan pula dengan telur mata, potongan daun bawang, daun sup, potongan cili padi merah dan lada solok jeruk yang mengiurkan!
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Mamak, Rasa Sebijik Sama Macam Dekat Kedai!
RESEPI MAGGI GORENG SEDAP
Bahan-bahan:
- 1 bungkus maggi kari
- Udang
- Isi ayam
Bahan-bahan tumbuk:
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang merah
- 1 tangkai cili padi merah
- 1 tangkai cili padi hijau
Bahan-bahan perasa:
- 2 sudu besar kicap Jalen lemak manis
- 1/2 sudu besar kicap Jalen pekat
- 1/2 sudu besar sos tomato
- 3/4 sudu besar sos cili
- 1/2 sudu kicap cair
- Setitik dua minyak bijan
Cara-cara:
1. Celur maggi selama 2 minit. Kemudian toskan. Perencah maggi simpan dulu.
2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan tumbuk yang sudah ditumbuk.
3. Selepas bahan tumis sedikit garing, masukkan udang dan hirisan nipis dada ayam.
4. Kemudian masukkan semua bahan-bahan perasa.
5. Seterusnya masukkan sepaket perencah maggi yang disimpan tadi.
6. Kemudian masukkan sedikit air lebih kurang satu senduk.
7. Seterusnya masukkan maggi yang telah dicelur tadi.
8. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit gula. Kacau-kacau sambil besarkan api. Masa ni kalau ada sayur boleh masukkan.
9. Selepas air sedikit kering kira-kira seminit dua, boleh tutup api.
10. Hidangkan bersama telur mata. Taburkan potongan daun bawang, daun sup dan potongan cili padi merah untuk menaikkan warnanya.
11. Akhir sekali, ttambahkan satu sudu besar lada solok jeruk sekali dengan airnya. Selamat mencuba!
Kredit: Afy Al Habibi
Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Makaroni Goreng Simple, 2 Kali Anak Menambah!