resepi aiskrim milo

“Waktu cuaca panas macam ni, jom cuba buat sendiri resepi aiskrim milo. Barulah lagi jimat dari beli.”

Sebenarnya,tak susah mana pun kalau nak buat aiskrim homemade. Yang seronoknya, kita boleh tambahkan apa-apa bahan tambahan yang kita suka dan olah mengikut perasa yang disukai.

Cuaca di Malaysia yang kadang-kadang terlampau panas membuatkan tekak rasa tidak selesa dan inginkan sesuatu yang sejuk. Memang ‘ngam’ sangat kalau makan aiskrim coklat ni.

Untuk perkongsian kali ini, MyResipi ingin kongsikan sebuah resepi yang cukup mudah. Percaya tak, hanya dengan 5 bahan, anda dah boleh membuat sebekas Aiskrim Coklat.

Resepi ini merupakan hasil perkongsian oleh D’jara Twin. Mari kita ikuti resepi lengkap di bawah.

Baca juga: Cara Buat Aiskrim Asam Boi Lagi Sedap, Ais Jadi Lebih Halus Jika Tambah 2 Bahan Ini

RESEPI AISKRIM MILO HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan milo
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1-2 sudu besar ovalet

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengadun (mixer) dan adun sehingga pekat dan sebati.

2. Apabila sudah pekat, masukkan ke dalam bekas.

3. Hias dengan coklat chip. Kemudian masuk dalam peti ais semalaman.

resepi aiskrim milo

4. Selepas semalaman, aiskrim sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

resepi aiskrim milo

Kredit resipi dan gambar: D’jara Twin

Baca juga: Cara Buat Aiskrim Cawan, Boleh Buat Untuk Jadi Side Income Atau Makan Sendiri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN