masak mee goreng

Tip Masak Mee Goreng Sedap, Kena Tuang Sedikit BAHAN Ini.

Bagi yang selalu berdepan hasil masakan mee goreng seperti ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Cik Puan Suhasnida Ismail.

Beliau berkongsi cara masak mee goreng yang sedap daripada mak mertua dan juga biras berniaga kedai makan.

Baca juga: Dry Chilli Pan Mee, Lelaki Ini Kongsi Cara Sedap Masak, Ikut Resipi Di Sini

Hidangan mee goreng ini memang selalu dimakan tapi ada juga yang masak tapi tak menjadi. Tak sedap macam orang lain masak.


TIP MASAK MEE GORENG SEDAP

  • Guna sos mencukupi, jangan kedekut bahan
  • Jika nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap sangat.
  • Guna banyak bawang putih, tumbuk kasar kasar.
  • Masukkan sedikit cuka makan bila menggoreng mee untuk membangkitkan rasa.

RESIPI MEE GORENG SEDAP

masak mee goreng

Bahan sos:

  • 5 tbsp sos cili
  • 1 tbsp sos tomato
  • 2 tbsp sos tiram
  • 1 tbsp kicap manis
  • 2 tbsp kicap pekat
  • 1 tbsp sos ikan
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1 tbsp gula atau secukup rasa
  • 1/2 tsp ajinomoto jika suka
  • 1/2 cawan air

Bahan lauk:

  • Ayam cincang
  • Udang
  • Daging
  • Telur
  • Sawi
  • Tomato

Bahan lain:

  • 1 paket mi kuning
  • Minyak untuk menumis
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 tbsp cili kering kisar 

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak, dan tumis bawang putih.

2. Masukkan bawang holand dan cili kering kisar.

3. Masukkan lauk pauk, tumis lagi.

4. Letak sedikit air dan semua sos.

5. Kemudian, masukkan udang.

6. Pecahkan telur dan masukkan mee.

7. Masukkan sayur, kacau sebati. Siap!

mee goreng


Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! 

Baca juga: Cara Buat Mee Kuning ‘Homemade’, Lagi Kenyal Dan Jimat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN