Resepi puding santan ini tidak sama dengan puding lumut yang biasa kita buat. Hal tersebut kerana ia penuh dengan rasa santan yang berlemak.
Sesuai dibuat untuk rumah terbuka pada Hari Raya nanti. Lagi sedap jika dimakan sejuk-sejuk selepas baru dikeluarkan dari peti ais.
Ikut saja resipi simple yang dikongsikan oleh Encik Muhammad Ali di bawah.
Baca juga: Cara Buat Puding Jagung Yang Lembut Elok, Letak Agar-Agar Elak Tekstur Jadi Kasar
RESEPI PUDING SANTAN
Bahan-bahan:
- 10g agar-agar serbuk (1 paket)
- 2 setengah cawan (1 cawan 250ml)
- 1 tin susu cair
- 1 cawan gula (200g)
- 2 ketul kecil gula batu
- 1 cawan air pandan (5-6 helai daun pandan kisar bersama 1 setengah cawan air) tapiskan selepas kisar
- 1 kotak santan (200g) sebatikan bersama – sama 1 biji telur gred A + 1 sudu kecil essen vanila & secubit garam. Kalau guna santan fresh, ambil yang kepala santan
- 2 titik pewarna pandan
Cara-cara:
1. Kisar halus 5 hingga 6 helai daun pandan bersama 1 setengah cawan air. Tapiskan.
2. Ambil 1 santan kotak 200g, sebatikan bersama dengan 1 biji telur gred A, 1 sudu kecil esen vanila dan secubit garam. Ketepikan bila dah siap.
3. Dalam keadaan api tertutup, masukkan 2 setengah cawan air, 1 paket serbuk agar agar 10g , 1 cawan gula, 2 ketul kecil gula batu, 1 tin susu cair dan 1 cawan air pandan yang kita buat mula-mula tadi.
4. Sebati terlebih dahulu, kemudian baru hidupkan api perlahan saja. Kacau perlahan dalam 3 minit.
5. Selepas itu masukkan santan yang telah sebati dengan telur, esen vanila dan garam tadi. Kacau sehingga mendidih.
6. Bila dah mendidih, jangan kacau selama 2 hingga 3 minit.
7. Kacau lagi dalam 1 minit, baru matikan api. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci.
8. Sejukkan puding di luar atau suhu bilik selama sejam. Pastikan persekitan bersih.
9. Kemudian baru sejukkan dalam peti ais selama 4 jam sebelum dipotong dan sedia untuk dinikmati.
10. Selamat mencuba!
Kredit: Muhammad Ali
Baca juga: Mudahnya Cara Buat Puding Roti Kukus Ini, Guna Blender Je!