Resepi batang buruk salah satu kuih yang agak renyah untuk dibuat kerana perlu menguli tepung dan dicanai nipis ntuk membuat kulitnya.
Rupanya ada cara mudah nak buat kuih batang buruk ini. Guna kulit popia je, tak perlu susah-susah nak uli tepung!
Jangan risau, hasilnya tetap sedap dan rangup. Jom ikuti resipi perkongsian dari Puan Ruzita Hashim di bawah. Semoga bermanfaat.
Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap
Resepi Batang Buruk Guna Kulit Popia
Bahan-bahan:
- 2 bungkus besar kulit popia
- 3 bungkus tepung kacang hijau
- 800 gram gula aising
- 2 biji putih telur – sebagai pelekat
- Straw saiz besar
- Minyak – untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Potong kulit popia memanjang seperti di dalam gambar mengikut ukuran pembaris.
2. Cabut sehelai demi sehelai kemudian gulung menggunakan straw dan gunakan putih telur sebagai pelekat.
3. Bila dah siap gamkan semua, jemur dengan straw yang sudah dililit kulit popia tadi dalam 10 minit, kemudian boleh keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya.
4. Seterusnya, tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana sehingga garing dan ringan.
5. Kemudian boleh angkat dan sejukkan.
6. Bila dah sejuk, masukkan gula aising (kisar gula sampai jadi halus).
7. Gaul rata gula dengan tepung sampai sebati.
8. Selepas itu, goreng kulit popia dalam api yang sederhana sehingga sedikit kekuningan dan angkat.
9. Akhir sekali, sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis.
10. Siap. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Ruziha Hashim
Baca juga: Resipi Biskut Nutella Pods Mudah & Tak Perlu Bakar, Sedap & Jimat Masa!