kuih nona manis keladi

Ini dia resipi Kuih Nona Manis Keladi, kuih tradisional yang di sukai ramai. Dengar nama pun dah sedap kan. Bila makan rasanya lemak-lemak santan manis gitu.

Apa kata hari ni kita follow resipi nona manis yang nampak licin dan cantik ni. Bolehlah buat menu juada berbuka nanti. 

Kalau bulan Ramadan, memang susah nak dapat kuih ni yang versi keladi. Selalu yang nona manis pandan itu je. Jadi, memang lagi syok kalau buat sendiri. Boleh belajar cara buat kuih tradisional.

Baca juga: Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah, Resipi Cara Orang Lama, Jom Buat! 

Kuih ni juga sesuai dihidang buat tetamu yang dapat di majlis-majlis rumah terbuka dan kenduri kendara. Ramai yang suka dengan rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang lembut. Mak ayah kita kalau jumpa kuih ni memang ni mesti suka. Nak makan pun senang!

Resipi kuih nona manis keladi ini telah di kongsikan oleh Cik Puan Zura Zul melalui laman Facebook. Korang kena cuba, sebab resepi kuih ni tak terlalu manis dan memang berlemak. Sedap sangat bila di makan.


RESIPI KUIH NONA MANIS KELADI

kuih nona manis keladi

Jumlah kuih: 25 biji kuih nona manis keladi 

Bahan A:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur gred B

*Masuk bahan di atas dalam bekas dan kacau guna whisk bagi sebati

Bahan B:

  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu kecil yam emulco (perasa keladi)
  • Sedikit pewarna ungu

Cara-cara membuat:

1. Satukan semua bahan dalam periuk,  kacau sebati.

2. Kemudian masak atas api perlahan hingga pekat. Ketepikan dan biar suam.

3. Bila sudah suam, campurkan bahan A dan B dalam blender. kisar sebati kemudian tapis.

4. Acuan lompang saiz besar sudah boleh sapur dengan sedikit minyak.

5. Tuang adunan yang sudah ditapis tadi ke dalam acuan lompang kira-kira 1/2 atau 3/4 acuan.


Bahan C: 

  • Santan kotak 200ml
  • 1 cawan air
  • 4 – 6 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit gula
  • Garam

Cara membuat bahan C:

1. Campur ke semua bahan di atas dan kacau rata. Nak guna blender pun boleh tapi adunan akan rasa sedikit masin.

2. Kemudian, masak di atas api perlahan hingga adunan putih meletup atau likat sedikit.

3. Tuang terus ke dalam botol sos kecil.

4. Botol sos tadi suakan di tengah-tengah adunan ungu. Paipkan ikut nak besar mana.

5. Panaskan kukusan betul-betul mendidih. Kukus kira-kira 10 minit mengunakan api sederhana besar.

6. Sejukkan dulu, baru keluarkan nona manis dari acuan.

7. Siap untuk dihidang!

nona manis dah siap!


Untuk dapatkan kuih yang cantik dan licin, korang kena wrapkan loyang. Ini tips memang kena ikut. Dah masak tunggu sejuk dulu barulah keluarkan dari acuan.

Kuih ni memang lembut sangat, pegang pun licin dan cantik. Sedap pulak tu! Rasa kuih ni memang tak terlalu manis. Just nice je. Nak hidang untuk tetamu pun senang.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kuih Putu Ayu Cheese Anti Gagal, Memang Lembut Dan Gebu Hasilnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN