Kecur air liur tengok gambar Ayam Rebus Chilli Oil ini. Jom kita buat! Nak buat untuk menu sahur pun boleh, menu berbuka pun boleh. Memang ringkas dan jimat masa memasak lauk ini.
Kebiasaannya chilli oil ini dimakan bersama dengan dumpling, tapi boleh juga diletakkan dengan ayam. Memang kena sangat rasanya tu.
Baca juga: Ayam Kukus Halia Chinese Style, Resipi Viral Untuk Juadah Berbuka
Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Linda Safar ini yang meraih sehingga 4.6k shares di laman Facebook. Memang ramai penggemar menu cuisine cina ini ya.
Mari lihat cara-caranya.
RESIPI AYAM REBUS CHILLI OIL
Selalu duk makan dumpling dengan chili oil, kalini rasa nak try ayam rebus herba dengan chilli oil ni. Ya Allah sedap sangat! Meh nak share resipi.
Bahan-bahan:
- Ayam
- Halia
- Bawang putih
- Lada hitam
- Daun bawang
- Kiub ayam
- Bay leaves atau daun salam
Bahan-bahan chilli oil:
- 4 ulas bawang putih
- 3 sudu besar chili flakes
- 1 sudu bijan
- Gula, garam & secukup rasa
- Minyak
- Daun bawang
- Bay leaves / daun salam
Cara-cara penyediaan:
1. Rebus ayam bersama semua bahan di atas lalu ketepikan.
2. Letak dalam mangkuk 4 ulas bawang putih yang dicincang, 3 sudu besar chili flakes, satu sudu bijan, gula, garam dan secukup rasa.
3. Panaskan minyak, masukkan daun bawang, bawang & bay leaves. Ambil minyak tu masukkan dalam mangkuk tadi. Siap!
4. Sediakan mangkuk letak cendawan enoki dulu, lalu susun ayam yang dipotong, hirisan lada dan chili oil.
5. Boleh makan dengan kuey tiaw sup Chinese style pun sedap! Siap!
Semudah ABC je menu ini kan? Yang baru nak belajar masak pun boleh cuba. Tapi kalau nak lagi sedap, ambil isi ayam bahagian paha dan thigh, memang sedap berlemak lagi rasanya itu.
Emak-emak juga boleh mencuba resipi ini kerana ia memang antara menu yang sihat dan rendah kalori kerana kurang penggunaan minyak.
Terima kasih kepada Cik Puan Linda Safar kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ini sehingga viral di media sosial. Tak rugi hendak membuatnya.
Selamat mencuba semua!
Baca juga: Cara Potong Ayam Step By Step, Barulah Jadi Menantu Pilihan!