ketam telur masin

Jom buat Ketam Telur Masin untuk menu berbuka puasa nanti. Memang sedap sangat sampai bertambah nasi dibuatnya! Tapi menu ini, korang wajib gunakan ketam yang fresh untuk mendapatkan masakan yang lebih sedap.

Hidangan ini selalunya akan jumpa di restoran yang menjual makanan laut. Yang mana ketam akan dimasak dengan salutan telur masin rebus yang telah dihancurkan.

Baca juga: Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini 

Selain disalut dengan telur masin, hidangan ini juga dilengkapkan dengan rasa manis daripada susu cair dan rasa pedas cili padi. Hidangan ini dimasak dengan menggunakan sedikit minyak kerana ada penggunaan butter dalam penyediaannya.

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zaimah Zakaria. Follow je sebiji-sebiji resipi yang beliau kongsikan untuk memudahkan korang masak sendiri di rumah.

Hidangan yang dimasak dengan telur masin ini boleh dipelbagaikan sebagai contoh udang masak telur masin, ayam masak telur masin dan macam-macam lagi. Termasuklah resipi ketam masak telur masin ini.


RESIPI KETAM TELUR MASIN

ketam telur masin

Bahan-bahan: 

  • Ketam potong 2 – cuci bersih
  • 3 biji telur masin – rebus ambil kuning saja
  • 4 ke 5 ulas bawang putih – cincang halus
  • 8 tangkai cili padi – ikut tahap pedas masing-masing
  • 1 sudu besar butter
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 sudu besar susu cair

Cara memasak:

1. Tabur secubit garam atas ketam, kemudian goreng ketam sehingga masak. Tos dan ketepikan.

2. Dalam kuali, cairkan butter. Selepas itu, masukkan bawang putih yang dah dicincang halus tadi bersama daun kari. Tumis sehingga naik bau.

3. Selepas itu, masukkan pula susu cair, cili api dan telur masin yang telah dihancurkan. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan pula ketam yang telah digoreng dan gaul rata. Tutup api dan siap!


Siap untuk dihidang! Pesanan untuk korang, jangan tumbuk bawang putih. Korang cuma perlu mencincang bawang putih untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.

Semoga resipi ketam ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat ‘Gejang’, Ketam Bertelur Mentah Perap Soy Sauce

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN