pengat pisang

Resipi pengat pisang ini memang wajib cuba. Cara membuatnya sangatlah mudah, sedap pula tu. Anda boleh gunakan santan segar supaya rasanya lebih sedap. Jika tiada, santan kotak pun boleh.

Ada satu tips supaya pisang kenyal dan tidak hancur ketika dimasak nanti. Pisang harus direndam seketika di dalam air kapur sebelum dimasak menjadi pengat.

Sesuai dijadikan pencuci mulut pada bulan Ramadan semasa waktu berbuka ataupun ketika minum petang. Jom cuba masak nanti menggunakan resipi dari Puan Nurlina Liyana di bawah.

Baca juga: Resipi Kek Pisang Guna Blender Pakai Sukatan Cawan, Yang Penting Moist & Tak Muak

RESIPI PENGAT PISANG MUDAH & SEDAP

Bahan-bahan:

  • Sesisir pisang nangka
  • Gula melaka
  • Sedikit gula pasir
  • Air
  • Sedikit sagu
  • Sedikit garam
  • Santan pekat/santan kotak

Cara-cara:

1. Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan sagu serta pisang yang sudah dipotong secara serong.

2. Kacau dan masak sehingga semuanya mendidih.

3. Seterusnya masukkan pula gula melaka, gula pasir dan garam serta daun pandan. Masakkan sehingga mendidih serta sagu masak dan pisang menjadi sedikit lembut.

4. Tuangkan santan, masak lagi sehingga kuah mendidih.

5. Siap dan sedia untuk dihidang.

Nampak sedap kan? Jom cuba buat untuk hidangan seisi keluarga. Selamat mencuba!

pengat pisang

Kredit resipi: Nurlina Liyana

Baca juga: Resipi Lepat Pisang Yang Lembut & Sedap, Hanya Guna Sukatan Cawan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN