resepi terung bulat

Menu kampung memang legend. Bukan saja sedap, ia mudah dan cepat untuk dimasak. Salah satu resipi yang digemari ramai adalah resepi terung bulat goreng berlada.

Campur pula dengan ikan bilis memang woww! Nak lagi sedap, ikan bilis digoreng terlebih dahulu supaya lebih rangup. Kemudian barulah dicampur ke dalam bahan yang sudah ditumis.

Resipi oleh Nurul Hawa Nadila Sari di bawah ini memang berbaloi untuk dicuba! Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Terung Bakar Santan Yang Mudah & Sedap, Aromanya Pasti Memikat!

RESEPI TERUNG BULAT MASAK BERLADA

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus ikan bilis (1/2 genggam)
  • 4 biji cili akar
  • 2 biji cili besar
  • 1 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 keping asam keping
  • Perasa
  • 2 sudu makan minyak

Cara-cara:

1. Cuci ikan bilis. Boleh goreng terlebih dahulu atau goreng kemudian.

2. Tumbuk halus atau kisar separuh hancur cili akar, cili besar, bawang merah dan bawang putih.

3. Kemudian, tumis bahan yang ditumbuk halus sehingga wangi.

4. Masukkan ikan bilis dan asam keping. Kacau rata.

5. Seterusnya, masukkan terung.

6. Masak mengikut kematangan terung yang anda sukai.

resepi terung bulat

7. Akhir sekali, letakkan perasa secukupnya. Selamat mencuba!

resepi terung bulat

Kredit: Nurul Hawa Nadila Sari

Baca juga: Terung Masak Cili Chinese Style, Makan Ratah Macam Tu Pun Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN