Kurma sering menjadi pilihan masyarakat sebagai makanan tambahan yang diambil ketika berbuka atau bersahur. Makanan sunnah ini juga boleh diambil dalam bentuk berbeza iaitu air rendaman kurma atau dikenali sebagai air nabeez. Jom kita belajar cara buat air nabeez.
Ramai tidak tahu sebenarnya minuman ini mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Air nabeez ini juga merupakan minuman kegemaran Rasulullah SAW.
Cara membuat minuman ini juga sangat mudah, kurma (dalam bilangan ganjil) direndam di dalam segelas air masak pada waktu malam dan diminum ketika bersahur.
Rasa minuman ini bergantung kepada jenis kurma. Jika kurma tersebut manis, maka manislah air nabeez. Untuk mengetahui cara membuatnya, jom baca perkongsian oleh Leha Yusuf di bawah.
Cara buat air nabeez
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carikkan isi kurma. Anggaran air dalam 1 gelas.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa pada waktu malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan biarkan terbuka.
3. Kalau yang berpuasa sahur esok, air tu dah boleh diminum.
4. Air ini juga boleh diamalkan sebelum sarapan pagi. Minum semasa perut kosong.
Khasiat air nabeez:
- Pemberi dan pemulih tenaga.
- Tinggi kandungan fiber – menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
- Pemberi zat besi yang sangat bagus.
- Kaya akan pottassium – penting dalam menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah.
Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang lebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.
Minuman ini juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai sebagai detox.
Air nabeez juga tinggi dengan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar kita tidak mudah lupa.
Kredit: Leha Yusuf