Jarang tengok orang buat suun goreng ni kan? Mudah saja resepi suun goreng ni kalau ada yang cuba. Sekali sekala tukar selera menggantikan bihun dengan suun tidak ada salahnya.
Siapa yang sering ke kedai masakan Cina atau Thailand pasti tahu menu suun goreng ini. Memang sedap! Jom lihat cara membuatnya di bawah.
Baca juga: Jom Buat Stok Sambal Penyet Untuk Ramadan, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap
Resepi Suun Goreng Ala Thai
Bahan-bahan:
- Suun
- 2 ulas bawang merah
- Bawang putih
- Udang – buang kulit
- Sotong – potong
- Telur
- Sos tiram
- Sos ikan
- Kicap manis
- Carrot – disagat
- 10 biji cili padi – ditumbuk
- Garam
- Secukup rasa
- Pak choy – potong
Cara-cara:
1. Rendam suun sekejap. Bila dah nampak lembut, angkat dan toskan.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang sudah dihiris sehingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan udang dan sotong. Gaul mesra.
4. Pecahkan telur. Kacau sehingga menjadi telur hancur.
5. Kemudian, masukkan carrot, pak choy, sos tiram, sos ikan dan kicap manis.
6. Masukkan juga cili padi yang sudah ditumbuk.
7. Tutupkan api seketika supaya bahan tidak kering. Masukkan suhun yang sudah direndam serta daun sawi. Gaul sehingga bercampur rata.
8. Bila dah bercampur rata, barulah buka semula api. Sambung lagi gaul sehingga benar-benar sebati.
Selamat mencuba!
Kredit: Ariff Budiman Zainal Abidin