nasi impit cara orang lama

Mudah saja rupanya cara nak buat nasi impit cara orang lama. Tapi kena ikut sukatannya yang betul supaya nasi impit menjadi elok. Nasi impit biasanya dimakan dengan rendang, lontong, kuah kacang, kuah soto dan sebagainya.

Jika sebelum ini kita selalu beli nasi impit segera di pasar raya, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri nasi impit di rumah. Bukan apa, lebih jimat dan puas hati jika buat sendiri lebih lagi untuk rumah terbuka. Jom follow perkongsikan oleh Nazia Suhaimi di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam. Tak Guna ‘Pressure Cooker’ Pun!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Satay Hasil Jualan Turun-Temurun Keluarga, Lengkap Bersama Kuah Kacang Lazat

Resipi Nasi Impit Cara Orang Lama

Bahan-bahan:

  • 1 pot beras
  • 3 pot air

Cara-cara:

1. Masak nasi macam biasa cuma sukatan 1 pot beras bersamaan 3 pot air.

2. Masak atas api, bila dah masak kecilkan api. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan tak jelatah, baru matikan api.

3. Cara nak impitkan nasi, mula-mula cedok nasi tadi ke dalam loyang. Kalau kalian tak nak nasi melekat pada loyang, boleh alis minyak sikit keliling loyang sebelum masukkan nasi.

4. Lenyekkan nasi dengan senduk seperti dalam gambar.

5. Lepas dah lenyek dengan senduk, atas tangan dengan kain dalam plastik. Kemudian ditekan-tekan banyak kali untuk impitkan lagi nasi.

6. Kemudian, impit-impit lagi nasi sehingga cantik kejadian nasi impit.

7. Inilah hasilnya. Tunggu sejuk baru dipotong. Kalau potong masa panas nanti tak berapa cantik. Selamat mencuba!

Kredit: Nazia Suhaimi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN