sos pencicah thai

Resipi Sos Pencicah Thai ini sangat viral di media sosial. Dan ramai yang ingin mencuba resipi ini. Dengarnya resipi ini asalnya adalah dari sebelah thailand.

Kalau dah sos thai, pasti ramai penggemarnya. Jom kita lihat perkongsian resipi dari Nur Haslifalina melalui laman facebooknya. Pasti ramai yang tak sabar nak mencubanya kan.

Baca juga: Resipi Kerang Pedas Sos Tiram Berempah, Confirm Bertambah Nasi

Sos pencicah Thai ini juga sangat sesuai dibuat bersama daging harimau menangis, kerang rebus atau bakar, lokcheng, dan macam-macam yang untuk hidangan rebus dan bakar.

RESIPI SOS PENCICAH THAI SEDAP


Bahan-bahan:

  • Bawang putih: 7-8 ulas
  • Cili : bergantung tahap kepedasan masing-masing
  • Akar pakchi @ketumbar
  • Limau nipis 6-7 biji
  • 2 sudu sos ikan

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang putih, cili dan akar ketumbar. Boleh guna chopper, kalau malas nak tumbuk.

2. Kemudian letak sos ikan dan gaulkan sekali.

3. Perah limau nipis, letak gula, garam sikit je dan perasa.

4. Daun ketumbar dipotong dan gaulkan sahaja. Kalau tak nak potong dan nak lagi senang korang chopper kan sekali daun ketumbar tu.

Nota: kalau pencicah tu pekat sangat boleh tmbah sedikit air suam.

Siap untuk dihidang kedua-duanya! Mudah je kan. Nak lagi pedas boleh letak cili padi yang banyak perah pula limau lebih sikit.

Selamat mencuba!


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN