peria goreng crispy

Setiap kali ke kedai mamak, sayuran yang biasa diambil semestinya peria goreng crispy.

Mungkin sesetengah orang tak suka sebab rasa pahitnya. Tapi kalau dah biasa makan, tak akan terasa pun pahitnya itu.

Nak buat peria goreng crispy ni tak susah pun, boleh cuba buat menggunakan resipi di bawah.

RESIPI PERIA GORENG CRISPY

Bahan-bahan:

  • Peria katak
  • Garam
  • 1  ½  sudu kecil kunyit
  • 1 ½ sudu besar serbuk cili jenama
  • 2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 ½ sudu besar jintan manis (ditumbuk kasar)
  • 2 sudu besar tepung
  • 2 sudu besar tepung beras cap

Cara penyediaan:

  1. Hiris peria nipis-nipis. Cuci dan rendam dengan air garam selama 20 minit. Bilas.
  2. Masukkan garam dan gaul.
  3. Masukkan kunyit, serbuk cili, lada putih dan jintan. Gaul sebati. Biarkan 30 minit.
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung beras. Gaul sebati.
  5. Sediakan minyak yang banyak.
  6. Guna api kecil dan pastikan minyak betul-betul panas.
  7. Bila minyak dah betul-betul panas, naikkan api sederhana besar dan mula goreng.
  8. Ikut tips ni baru dapat peria garing, rangup dan crispy, serta tahan lama.peria goreng crispy
  9. Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara. Kalau masukkan semasa suam pun tak boleh, nanti lemau.peria goreng crispy

Selamat mencuba!

Kredit: Sheena Supramaniam

Baca juga: Nak Hilangkan Pahit Peria Dengan Mudah? Jom Cuba Petua Ini, Confirm Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN