Bak-kwa, ataupun dikenali sebagai dendeng dan daging salai dalam Bahasa Melayu, sering dimakan sewaktu Tahun Baru Cina. Walau bagaimanapun, bak kwa selalunya diperbuat dari daging khinzir dan mengandungi alkohol.
Saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman sosial Facebook miliknya ada berkongsikan resipi bak-kwa versi halal yang dinamakan cik-kwa.
Kalau teringin nak rasa makanan popular semasa tahun baru cina, jom cuba resipi bak kwa ‘ayam’ yang lazat dan dijamin halal di bawah ini.
Resipi ‘Bak-Kwa’ Versi Halal
Bahan-bahan:
- 300g isi ayam kisar
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar serbuk smoked paprika /cili
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
- 3 sudu besar sos merah @ kicap masin
- 3 susu besar madu
Cara-cara:
1. Campurkan rempah dan bawang putih pada ayam kisar. Gaul sebati.
2. Letak sos merah, atau kicap masin. Nak letak apa-apa perencah lain pun silakan. Resepi ni saya tak gunakan garam sebab sos dah masin.
Bahan sos merah:
- 4 sudu besar taucu manis (masin pun boleh)
- 8 sudu besar gula Melaka
- 2 sudu besar minyak bijan
- ½ sudu kecil cili boh
- ½ sudu kecil pes asam jawa
- 2 sudu kecil tepung jagung
Cara penyediaan:
- Kisar semua bahan kecuali tepung jagung ke dalam pengisar. Letak sedikit air, kisar sampai halus.
- Masa saya kisar ni saya ada letak pewarna merah sedikit. Kalau resepi asli, taucu tu sepatutnya yang ditapaikan dengan beras yis merah. Tapi susah nak cari taucu tu.
- Bila dah siap kisar, tuangkan dalam periuk. Renehkan dia sampai cili boh tadi masak. Kalau tak masak cili tu, pahit jadinya.
- Kalau masin, tambah sedikit madu.
- Bila dah masak, gunakan air bancuhan tepung jagung sebagai ejen pemekat.
- Bila sejuk, dia akan makin kental.
3. Masukkan madu dan gaul sebati lagi.
4. Perapkan selama beberapa jam atau semalaman.
5. Lepas dah perap, ambil isi ayam dan ratakan ke atas kertas minyak. Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
6. Lepas tu masukkan dalam oven yang dah dipanaskan. Masak dengam suhu 170-200°C untuk 10-15 minit. Suhu dan masa masak ni sebenarnya ikut saiz dan ketebalan.
7. Ni dah masak separuh. Keluarkan dan asingkan air dan minyak yang terhasil.
8. Ini minyak dan air yang terhasil.
9. Letak sikit sos merah dalam minyak tu. Gaul sebati.
10. Sapu rata campuran minyak dan sos merah pada chi-kwa. Kemudian masukkan semula dalam oven.
11. Masak lagi 10 minit. Keluarkan, terbalikkan chi-kwa, sapu lagi minyak sos merah. Masak lagi 10 minit. Ulang masak sampai chick-kwa jadi kering dan berkilat. Renyah sikit prosesnya. Secara tradisi, mereka salai atas bara api.
12. Macam ni! Yang ni saya dah potong petak. Chick-kwa ni rasanya kenyal, masin, dan manis, serta sedikit berempah. Boleh makan begitu sahaja sebagai snek, atau dipotong kecil dan tabur atas bubur atau nasi goreng.
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan