kicap cap udang

Siapa je yang tak kenal Kicap Cap Kipas Udang jenama HABHAL dekat Malaysia ini kan?

Sejak dari kecil, memang ini antara jenama yang mak-mak kita akan pakai untuk makan harian sampailah turun dekat kita pula.

Tapi. terdapat kekeliruan di sebalik sejarah sebenar lahirnya kicap tersohor itu.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Ayam Masak Kicap Pekat & Pedas

Selalunya kita dengar kejayaan Kicap Cap Kipas Udang dikaitkan dengan Haji Lambak bin Mohamed dari Johor yang dikatakan adalah pengasasnya.

Haji Lambak menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Larkin Jaya (Johor) pagi 22 Jun 2020 dalam usia 100 tahun.

Namun, sejarah yang tepat berkait isu siapakah pengasas sebenar Kicap Cap Kipas Udang itu terletak pada jenamanya – HABHAL.

HABHAL itu sendiri adalah pengasas sebenar kicap tersebut.

 

Haji Ahmad Bin Haji Abdul Latif

HABHAL adalah ringkasan nama Haji Ahmad Bin Haji Abdul Latif. Beliau adalah satu-satunya saudagar kicap di Nusantara.

Beliau adalah anak kepada Haji Abdul Latif bin Nurudin yang lebih dikenali sebagai Syeikh Abdul Latif Al-Malakawi.

Syeikh Abdul Latif adalah seorang tokoh alim tersohor di Nusantara. Beliau banyak berdakwah di Singapura dan Melaka, dan mempunyai syarikat percetakan Latifiah Press di North Bridge Road yang beroperasi dari tahun 1920 hingga 1939.

Haji Ahmad lahir di Tengkera (Melaka) pada tahun 1900 tetapi dibesarkan di Singapura.

Pada tahun 1945, beliau telah membeli sos soya dari seorang peniaga Cina. Beliau kemudiannya menambah bahan-bahan dan perisa tambahan kepada sos tersebut hingga terciptanya sos kicap yang ada sekarang.

Maka sejak itulah beliau memulakan perniagaan menjual kicap ciptaannya itu di rumahnya di Jalan Mangga (Kampong Ubi).

Selepas Haji Ahmad meninggal dunia, perniagaannya diteruskan oleh anaknya, Haji Zaini dan dilanjutkan pula oleh isteri Haji Zaini, Hajjah Sa’adiah binte Buyong.

Pada tahun 1981, perniagaan kicap HABHAL berpindah operasinya ke Lorong Pemuda (Kampong Melayu Majidee, Johor) di bawah syarikat Jalil Enterprise.

Pada 25 November 1986 pula, Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd yang diasaskan oleh Haji Lambak telah mengambil-alih operasi perniagaan kicap HABHAL dari syarikat Jalil Enterprise dengan memulakan operasinya di Jalan Tahana (Johor) sehinggalah ke hari ini.

Begitulah sekilas sejarah pengasas sebenar Kicap Cap Kipas Udang jenama HABHAL yang juga merupakan bapa kepada pelawak tersohor awal tahun 1960 hingga 1980-an di Singapura, ‘Mahmood Kicap’.


Sumber: Facebook Kisah Sejarah Melayu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN