masalodeh

Masalodeh bukan sahaja popular dalam kalangan kaum India tetapi ianya juga merupakan kudapan yang turut digemari oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Masalodeh atau nama lainnya iaitu vadai merupakan sejenis makanan orang India selatan.

Terdapat dua jenis Vadai iaitu Masala Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Dan satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah.

Baca juga: Senarai Kedai Makan Yang Menyajikan Masakan Sri Lankan Di Sekitar KL Yang Ramai Tak Tahu Sedap Rupanya

Tekstur masalodeh ini ranggup di luar dan lembut didalam. Keenakannya memang tidak dapat dinafikan. Ianya selalu menjadi pilihan minum petang. Kudapan ini juga kebanyakkan dijual di pasar malam, pasar tani dan juga dikaki jalan.

Terima kasih diucapkan kepada Noor Aishah Razali kerana sudi berkongsi resipi kuih ini. Ia pasti memudahkan peminat masalodeh untuk mencubanya dirumah.


Resipi Kuih Masalodeh atau Vadai


Bahan-bahan:

  • Kacang dal
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 Sudu jintan besar
  • Cili kering (dihiris)
  • Daun kari (dihiris)
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya

Cara membuatnya:

1. Rendam kacang dal dalam 4 jam. Kemudian tos dan keringkan.

2. Bland kering kacang dal yang direndam tadi sehingga halus.

3. Campurkan kesemua bahan (bawang besar, cili kering, daun kari dan juga jintan besar)ke dalam bekas kacang dal.

4. Gaul sebati semua bahan, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

5. Bentukkan dan biarkan seketika sebelum digoreng.

6. Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga nampak kekuningan. Toskan sebelum dihidang.



Masalodeh memang sedap di makan panas-panas. Kacang dal yang telah direbus dan dikisar membuatnya gebu dibahagian dalam.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN