kacang bawang putih

Rugi siapa tak suka makan Kacang Bawang Putih ni. Serius sedap, makan sambil tengok tv tak sedar dah habis sebekas.

Mudah je kalau ada yang nak cuba buat sendiri kat rumah. Tapi ada tips supaya hasilnya lebih sedap.

Nak tahu apa tipsnya? Jom sama-sama baca perkongsian dari Nazira Abd Kader di bawah.

Tips Buat Kacang Bawang Putih Sedap

Bahan-bahan:

  • Kacang kopek 1kg (kopek kacang kepada dua supaya bila perap, serap sepenuhnya dan cuci.)
  • Bawang putih 20 ulas (dikisar dan dibuat paste)
  • Bawang putih 20 ulas (dihiris halus, masukkan semasa menggoreng nanti)
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto

Cara-cara membuatnya:

1. Basuh kacang sehingga bersih. Saya beli kacang di pasar raya yang dah siap packing, tertulis kacang kopek (ada yang panggil kacang shandong/kacang trojen. Yang penting bukan kacang tanah biasa.

2. Rebuskan air bersama paste bawang putih dalam 2 sudu bersama garam dan gula sehingga mendidih. Bakinya gaul pada kacang yang sudah siap direbus nanti.

3. Kemudian masukkan kacang tadi.

4. Rebus dalam 3 minit dan tutupkan api. Biarkan kacang dalam air rebusan lebih kurang dalam 10 minit, toskan.

5. Lepas dah siap tos, gaul kacang tadi bersama paste bawang putih, garam dan ajinamoto. Gaul rata dan letakkan dalam dulang. Perap semalaman.

6. Rupa kacang yang sudah diperap semalaman. Kacang akan jadi kering macam ni.

7. Sebelum goreng kacang, hiriskan dalam 20 ulas bawang putih. Ikut suka nak banyak mana.

8. Panaskan minyak, kemudian kecilkan api dan baru masukkan kacang. Jangan banyak sangat, nanti kacang tak rangup.

kacang bawang putih

9. Bila kacang dah separuh masak macam ni, masukkan sedikit hirisan bawang putih. Masak sehingga kacang masak secukupnya.

10. Rupa kacang yang dah siap digoreng, sejukkan sepenuhnya sebelum simpan ke dalam bekas kedap udara.

kacang bawang putih

Kredit: Nazira Abd Kader

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN