kuih belimbing

Siapa je yang tak suka kuih belimbing atau nama omputihnya Churros kan? Lagi-lagi kalau makan pada waktu petang, sedap tau!

Di Terengganu, ia dipanggil sebagai kuih Belimbing. Mungkin disebabkan bentuknya yang seakan buah belimbing. Tapi zaman sekarang mungkin ramai yang lagi familiar dengan nama Churros.

Teksturnya pula lembut di dalam dan rangup di luar. Ditabur pula dengan gula. Sedap sangat!

Baca juga: Kuih Seri Muka Guna Sukatan Cawan, Mudah Untuk Yang Baru Berjinak Nak Buat

Jom kita ikuti perkongsian resipi dari Pn Habsah Ngah ini. Bila dah ngap, pasti nak lagi!

Resipi Kuih Belimbing / Churros


Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • Tambah 1 sudu kecil baking powder

*Ayak dahulu dua-dua bahan ini

  • 4 cawan air
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 biji telur gred A/B

*Kalau guna gred telur C/D, boleh tambah lagi sebiji.

  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan kuih:

1. Panaskan air dan masukkan marjerin, gula, garam, esen vanila hingga mengelegak.

2. Bila dah mengelegak. perlahankan api.

3. Boleh perlahan-lahan masukkan tepung gandum. Kacau sampai tak ada ketulan tepung.

4. Bila hilang ketulan, boleh tutup api. Curah adunan tadi dalam bekas.

5. Pecahkan telur satu persatu dan kacau adunan tadi sampai sebati. Kemudian, bagi rest adunan dalam 20 minit. Barulah di goreng.

6. Guna je acuan biskut semperit/bunga dahlia tu. Lagi senang! Tinggal picit je. Picit terus masuk dalam kuali dan gunting adunan.

7. Goreng guna api sederhana ye dan rajin-rajin terbalikkan. Goreng hingga kekuningan.

8. Angkat dan toskan minyak. Dah suam bolehlah tabur gula halus. Siap.


Dah boleh dihidang. Makan panas-panas pun sedap sangat!

Adunan kuih ni memang lembut ye. Kena rajin basahkan tangan. Kalau tak, adunan akan melekat sangat masa nak picit masuk acuan tu.

Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN