ayam masak halia

Menu ayam masak halia memang jadi kegemaran ramai. Walaupun ada yang tak suka sebab halia tu ada rasa pedas pedas tapi bila buat menu ayam masak halia memang sedap dan sangat menyelerakan.

Bahan yang digunakan juga sangat senang, nak masak pun mudah je rupanya! Serius, kalau dapat makan dengan nasi putih panas-panas confirm makan bertambah.

Baca juga: Ayam Geprek Berempah Extra Spicy, Memang Terangkat Dibuatnya!

CARA BUAT AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan:

  • Ayam (lumur garam dan kunyit, goreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia (kena banyak sikit sebab perlu diksiar dan dihiris)
  • Cendawan shitake kering
  • Lada kering
  • Daun bawang

Cara-cara:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian, tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan sos tiram.

3. Tambah sedikit air. Kemudian, masukkan ayam. Gaul bagi mesra. Tambah lagi air ikut kesesuaian kuantiti ayam. Boleh masukkan kicap masin untuk dapatkan warna yang lebih menarik. Masakan ini tidak memerlukan kuah yang banyak.

4. Masukkan cendawan dan lada kering, garam. Biarkan masakan mereneh sekejap.

5. Sempurnakan rasa dan kepekatan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Akhir sekali, masukkan daun bawang. Tutup api.

ayam masak halia

Kredit: Fie Safiah

Baca juga: Resipi Ayam Masak Briyani Mudah & Sedap, Isi Ayam Lembut & Terlerai Di Mulut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN