kuih kaswi

Kuih kaswi gula merah atau juga dikenali sebagai kuih lompang merupakan kuih tradisional yang dikatakan ‘lejen’.

Tak pernah rasa jemu untuk memakannya. Kuih ini sejenis kuih talam yang lembut dan sesuai bagi semua peringkat umur.

Kuih kaswi gula merah ini akan ditaburkan kelapa parut yang telah diperasakan dengan garam.

Baca juga: Kuih Onde-Onde Bunga Telang, Nampak ‘Rare’ Sikit Buat Di Rumah

Bila dimakan terasa lemak manis je kuih ni. Tak muak pun. Selalunya dijadikan menu sarapan pagi atau minum petang bersama kopi.

Kuih ini juga sering kali dijual digerai tepi jalan diwaktu pagi. Yang pergi berkerja biasanya akan singgah membelinya untuk dibawa bekalan ketempat kerja. Laku keras kuih ni dijual.

Kepada mereka yang ingin menyediakannya secara homemade, boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat ini.


Resipi Kuih Kaswi Gula Melaka

kuih kaswi gula merah

Bahan A:
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
Sedikit garam
Daun pandan

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 cawan air biasa
1 sudu besar air kapur

Bahan C:
Kelapa parut
Garam

Cara membuatnya:

1. Masak semua bahan A sehingga gula larut. Tapis dan ketepikan.

2. Air gula yang dimasak tadi dijadikan 2 cawan.

3. Satukan semua bahan B. Kemudian, masukkan kedalam blander.

4. Campurkan sekali air gula merah tadi dalam blender. Dan blend sekali semua sehingga sebati.

5. Sapu loyang 9 inci dengan sedikit minyak.

6. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan kukuh sehingga masak. Kukus lebih kurang 45 minit.

7. Dah siap kukus, sejukkan seketika baru potong.

8. Satukan Bahan C dan gaul rata. Taburkan dan gulung kuih kaswi pada kelapa parut yang dah diperasakan dengan garam secukupnya. Siap!


Sangat mudah resepi kuih kaswi ni, cuma menggunakan blender untuk membuat adunan.

Lepas ni tak perlu beli diluar lagi, buat secara homemade lebih puas hati.

Semoga resipi kuih kaswi gula merah ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Baca juga: Kuih Tako Jagung Sukatan Cawan, Comel Sangat Buat Bentuk Macam Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN