masak tempoyak daun kayu

Ada penggemar masakan kampung kat sini? Pernah tak kalian cuba resipi masak tempoyak daun kayu di rumah? Kalau belum pernah, apa kata jom cuba resipinya di bawah.

Pelbagai masakan boleh dimasak dengan menggunakan tempoyak. Biasanya akan dicampur petai, barulah terasa nikmat masakan kampung.

Resipi ini menggunakan daun kayu, kalau tiada boleh gantikan dengan pucuk paku. Rasanya juga tak mengecewakan. Makan dengan ayam goreng dan nasi putih, memang terangkat dibuatnya!

Baca juga: Cara Masak Tempoyak Ikan Patin ‘Original’ Dari Pahang, Guna 4 Bahan Je

Cara Masak Tempoyak Daun Kayu

masak tempoyak daun kayu

Bahan-bahan:

  • 2 ikat pucuk ubi (ambil daun sahaja, hiris-hiriskan)
  • 5 papan petai (ambil isi sahaja ya, jangan masuk kulit pulak)
  • 3 helai daun kunyit (dihiris) daun kunyit ni besar, kalau saiz biasa, letak la 5helai
  • 5 batang serai dihiris halus (ambil bahagian yang lembut je, jangan ambil bahagian serai yang keras sangat tu)
  • 1 genggam cili padi+1 genggam kunyit (kisar)
  • 3 senduk tempoyak, nak letak lebih pon boleh, ikut tekak masing-masing
  • 1 genggam ikan bilis
  • 10 ekor udang (nak letak lebih pon boleh, terpulang la)
  • 3 kotak kecil santan (dalam gambar tiada, sebab lupa nak letak sekali)
  • Gula, garam, ajinomoto (perasa)

Cara-cara:

1. Masukkan pucuk ubi, serai, daun kunyit, tempoyak, cili padi, kunyit hidup dan juga santan. Gaul-gaul rata. Boleh guna api kuat atau api sederhana, ikut dapur gas masing-masing.

2. Bila dah menggelegak, masukkan petai dan ikan bilis. Masukkan gula, garam dan ajinomoto secukup rasa mengikut selera masing-masing.

masak tempoyak daun kayu

3. Akhir sekali, masukkan udang. Masak sampai agak kering sedikit.

4. Sedia untuk makan dengan ayam goreng dan nasi putih panas-panas. Berpinggan boleh habis ni. Selamat mencuba!

Kredit: Aleya Seolihah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN