kuih lopes

Ada tak kat sini penggemar kuih lopes? Nama macam orang putih, tapi kuih ni merupakan kuih tradisional orang Melayu yang sangat ramai penggemarnya.

Apa kata hujung-hujung minggu ni kita try buat resepi kuih lopes untuk minum petang. Mesti best!

Kuih lopes juga merupakan kuih yang diperbuat daripada beras pulut yang dimasak dengan santan dan di warnakan dengan warna asli air pandan.

Baca juga: Kuih Serabai Bersama Kuah Manis, Meh Ikut Resipi Disini

Ianya akan di gulung dengan parutan kelapa dan di makan manis dengan air gula.

Sesetengah orang beranggapan, kuih lopes ni agak renyah di buat. Sebab menggunakan daun pisang. Sebenarnya kuih ni boleh je di buat tanpa daun pisang.

Dah ada cara modern yang mudah dan cepat untuk korang follow. Cuma kukus dalam loyang je. Rasanya juga tak kurang sedapnya tau!

Resepi kuih lopes yang di kongsikan oleh Yati Rahim ni telah mendapat share yang banyak iaitu 4.2k.

Mungkin di sebabkan cara penyediaannya yang mudah, buat ramai yang tertarik untuk mencubanya sendiri di rumah.

Resipi Kuih Lopes


Bahan untuk pulut:

2 cwn beras pulut susu
2 cwn santan cair
1/2 cwn air pandan
1sk air kapur
Beberapa titik pewarna hijau

Bahan untuk gula:

Gula melaka
Gula putih
Air
Tepung jagung (1 sudu teh dan bancuh dengan air sikit)

*Semua bahan di atas boleh anggarkan saja ikut keperluan.

*Tujuannya tepung jagung di gunakan adalah untuk memekatkan air gula tersebut.

Bahan untuk kelapa parut:

Kelapa parut

Garam

Cara membuat kuih lopes:

Pulut:

1. Cuci beras pulut dan rendam selama 1/2jam dgn air kapur+pewarna hijau.

2. Kisar daun pandan+air dan tapis (Guna 4 helai daun pandan)

3. Toskan beras pulut tadi dan masukkan dalam loyang.

4. Masukkan santan cair+gula dan kacau rata

5. Kukus sampai masak.

Air Gula dan Kelapa Parut:

1. Campur semua bahan dalam periuk kecil dan masak sehingga mendidih. Pelahankn api kemudian masak sehingga gula menjadi likat.

2. Kelapa parut+garam, gaul sebati dan kukus sekejap supaya kelapa tu tak mudah basi dan tahan lama.

Cara bentukkan pulut:

1. Ok, bila pulut dah masak, ambil sudu dan penutup tudung botol nutella, takde penutup tu cari la penutup tudung yang lain.

2. Padatkan pulut dalam penutup nutella dan tebalikkan penutup diatas dulang yang dilapik dengan plastik. Tak pun dengan kertas pembalut nasi lemak.

3. Kemudian, golekkan pulut tadi dalam kelapa parut.

4. Siram air gula tadi kemudian bolehlah dimakan.

Selamat mencuba.


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN