Ada tak penggemar kerabu kerang kat sini? Kerang ni banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita tau. Boleh di hidang dengan pelbagai cara.
Jom kita follow resepi kerabu kerang ala Thai yang paling sedap. Mudah sangat cara penyediaannya. Memang tak rugi korang cuba!
Sekali pandang gambar dah kecur liur dibuatnya! Nampak sedap sangat. Balance dengan semua rasa pedas, masam, manis dan masin.
Baca juga: Cara Mudah Bersihkan Kerang Guna Air Sejuk & Garam Saja, Lagi Bersih Dari Guna Berus!
Sedap di makan ratah begitu je dan sesuai juga di makan dengan nasi. Bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan kerabu kerang ini juga tak terlalu banyak dan mudah di perolehi.
Resepi kerabu kerang Thai ni telah di kongsikan oleh Fia Sofia. Memang ramai penggemarnya sebab resepi ni mendapat 3.3k share di Facebook.
Resipi Kerabu Kerang Ala Thai
Bahan-bahan:
1 kg kerang
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula kabung
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar air asam jawa
4 biji limau nipis
3 tomato (dipotong)
1 btg carrot (di potong halus memanjang )
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
5 biji cili api (ditumbuk)
1 sudu teh serbuk perasa
Cara-cara membuatnya:
1. Basuh dan rebus kerang dengan 1 sudu kecil garam.
2. Buang air rebusan kerang dan segera letak ais atau air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut. Itupun antara tips untuk kerang nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.
3. Satukan air asam jawa, cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung dalam bekas yang sesuai.
4. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
5. Akhir sekali perahkan limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau, bawang merah, carrot, daun ketumbar dan gaul hingga sebati.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Ada yang kata, kerang ni juga membantu dalam proses penurunan berat badan tau. Sesuai untuk korang yang tengah amalkan diet.
Nak mudah makan kerang ni, korang buka siąp-siąp dan buang sebelah cengkerang yang tidak melekat isi. Takde lah gaduh nak membuka dan makan nanti.
Selamat mencuba!