sup ayam tanpa minyak

Selalu kita ingat kalau buat sup ayam kena tumis dulu baru sedap sebab ada aroma dia, tapi sebenarnya kalau tanpa minyak dan tumis pun sedap sebab minyak dari ayam akan keluar sendiri dan beri cukup rasa. Sup ayam tanpa minyak macam ni sangat sesuai untuk anda yang tengah diet.

Yang penting, kalau buat sup ayam ikut cara ini lebih mudah dan sihat untuk seisi keluarga. Dapat jimat minyak juga alang-alang minyak sekarang tengah mahal.

Baca juga: Cara Buat Sup Ayam Siam Masam-Masam Pedas, Punya Rasa & Aroma Tersendiri

RESIPI SUP AYAM TANPA MINYAK

Bahan-bahan:

  • Ayam setengah ekor
  • Bawang merah 6 ulas
  • Bawang putih 6 ulas
  • Sehiris halia
  • Empat sekawan (atau sup bunjut)
  • Ubi kentang (potong besar supaya tak cepat hancur)
  • Bawang goreng
  • Daun sup

Cara-cara:

  1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian satukan dalam periuk bersama ayam,
  2. Isi air sehingga ayam tenggelam. Buka api perlahan dan tutup periuk.

  3. Di pertengahan tu boleh letak ubi kentang. Kalau berbuih buih macam ni, belum masak lagi sup dan ayamnya.

  4. Bila terbit minyak asli dari ayam tu, tandanya sup dah masak.

  5. Boleh letak daun sup dan bawang goreng.

  6. Boleh letak garam untuk perasakan serta gula jika suka.
  7. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit: Nik Nur Adilin

Baca juga: Resipi ‘Nasi Goreng’ Tanpa Nasi, Sesuai Untuk Korang Yang Tengah Diet

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN