Ayam goreng ‘Mekdi’ (McDonalds) sentiasa menjadi pilihan para pelanggan untuk dijamah pada bila-bila masa. Rasanya yang enak dan menyelerakan memang susah untuk ditolak.
Tapi harganya tidaklah terlalu murah dan mungkin ada yang tak mampu untuk mengeluarkan wang lebih untuk memesan menu ini setiap kali teringin nak makan.
Jangan risau, korang pun boleh buat sendiri dekat rumah tau. Paling penting memang jimat sebab boleh dapat dalam kuantiti yang banyak, boleh lah jamah puas-puas!
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Kesukaan Anak-Anak, Isi ‘Juicy’ Kalah Kedai Mamak
Jom kita tengok dahulu 3 tepung untuk bancuhan tepung yang sempurna.
Resipi Ayam Goreng Ala Mekdi
Bahan-bahan:
- Ayam
- Tepung jenama BESTARI
- Tepung Gandum
- Tepung Beras
- Serbuk Cili (jika perlu)
- Minyak Masak
Nota: Resipi ini tidakk memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin. Tepung bestari ni pedas tau. Makan dengan risiko sendiri. Tapi sedap!
Cara-caranya:
1. Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh sehingga menjadi sederhana pekat (ikut pada kuantiti ayam yang anda gunakan)
2. Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi dan perap. Semakin lama perap semakin lembut isi ayam dan rasa pedas akan serap ke dalam isi ayam. Lagi sedap la. (Beliau perap selama 5 jam)
3. Sediakan tepung untuk salutan pula.
4. Campurkan tepung bestari yang belum di bancuh dengan air bersama tepung gandum dan tepung beras. (Anggaran 1 senduk tepung bestari, 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras)
5. Kemudian ambil ayam yang sudah diperap tadi masuk ke dalam campuran tepung kering dan salutkan serata. Buat seketul-seketul, ini kerana kalau buat banyak-banyak dia jadi tidak cantik dan tidak bersalut. Jadi anda kene sabar semasa bedak kan ayam tersebut.
6. Kemudian masukkan ayam yang sudah di salut tadi ke dalam minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyak sekata dan ayam terendam (tak perlu gaul-gaul banyak kali. Biakan dia masak dengan tenang)
7. Lepas tu dah masak kan agak-agak kekuningan. Angkat dan boleh makan ayam goreng ala Mekdi.
Selamat mencuba!
Sumber: Noraslina Harun