budu

Sebut je pasal budu, mesti terngiang baunya yang agak kuat dan menyengat.

Bagi orang pantai timur, budu selalunya digunakan sebagai pencicah makanan seperti sambal belacan.

Makanan tradisi di Kelantan dan Terengganu ini juga telah di isytiharkan sebagai ‘Makanan Warisan’ oleh Jabatan Warisan Negara.

Jadi, apa kena mengena tajuk di atas dengan kita?

Untuk pengetahuan korang, ada satu kajian menyatakan yang budu ini sangat berkhasiat dan membantu cegah kanser dan mencerdaskan otak.

Ini kerana, ia mengandungi kuman baik probiotik yang sangat baik untuk kesihatan usus.

Budu terhasil daripada proses hidrolisis ikan dan kuman mikrobial proteases, rasa dan aroma budu adalah di kerana tindakan mikroorganisma atau kuman proteolitik yang hidup dalam proses pemeraman budu.

Biasanya gula melaka dan asam jawa di tambah untuk menjadikan warnanya coklat gelap.

Nisbah diantara ikan dan garam adalah rahsia produk masing-masing dari segi rasa dan bau.

Kepekatan garam mempengaruhi jenis bakteria dan aktiviti enzimatik yang menyebabkan rasa yang berbeza diantara pelbagai jenama.

Kuman bakteria atau mikroorganisma yang ada didalam budu adalah secara umumnya diklasifikasi sebagai ‘halofilik’.

Baca Juga: Cara Buat Nasi Air Pantai Timur, Semangkuk Confirm Tak Cukup!

Kuman atau mikroorganisma ini memainkan peranan utama dalam proses degradasi atau pemecahan protin, rasa dan aroma budu ini. Kuman di dalam budu adalah kuman baik atau probiotik yang kita perlukan dalam usus kita.

Kajian menunjukkan kuman bakteria baik di dalam budu adalah micrococcus sp. (yang dominan di permulaan proses fermentasi), staphylococcus sp. – adalah kuman halofilik yang sentiasa ada sepanjang proses fermentasi yang mana kedua-duanya mempunyai aktiviti proteolitik dan lipolitik yang baik.

Bakteria baik yang di kaji yang ada didalam budu adalah:

  • Micrococcus luteus
  • Lactobacillus plantarum LP1 & LP2
  • Staphylococcus arlettae SA1
  • Saccharomycescerevisiae SC3
  • Candida glabrata CG2

Ini jelas menunjukkan budu mempunyai campuran pelbagai jenis bakteria baik probiotik yang berfungsi dalam proses fermentasi dan menjadi bakteria probiotik dalam usus yang baik selepas dimakan.

Tidak di nafikan bahawa budu mempunyai kandungan garam yang tinggi, oleh itu pengambilannya sebagai bahan pencicah yang sedikit tidaklah memudaratkan berbanding khasiat kuman baik probiotiknya yang sangat baik untuk kesihatan.

Ada juga sesetengah orang akan mendapat masalah alahan atau gatal-gatal apabila makan budu, maka mereka di nasihatkan tidak mengambil budu.


Sumber: Dr Norman Mohd Norawi 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN